Assalamualaikum W.B.T. wahai pengunjung yang saya nantikan,
Bila hati mula berbicara, "Awak lelaki dekat luar sana! Jangan jadi bodoh boleh tak? Kau tak tahu dosa pahala ke? Makin hari makin susah nak cari yang baik. Senangnya kan kau sebut perkataan 'sayang', 'i love you', 'rindu', 'i miss you', apa segala lah dekat kawan-kawan perempuan kau walaupun pada masa yang sama kau dah ada makwe pun. Woi! Agak-agak lah. Memang lah small matter tapi lama-lama boleh jadi big matter bila hati kawan-kawan perempuan mula rasa sesuatu. Kau tak fikir, ek? Mana kau letak akal kau? Ha? Dekat kepala lutut, ke? Sedangkan dalam Islam sendiri pun melarang kau mainkan hati perempuan tapi kenapa kau buat? Ha? Sebab nak have fun? Kau pergi have fun dengan orang lain lah tapi bukan aku! Dengan ayat sweet-sweet kau, kau buat aku ada feeling dekat kau then tiba-tiba kau boleh cakap yang kau hanya usik-usik? What the ... Arghhhh! Unfair! Aku pun bukan nak sangat ada perasaan dekat kau, kau ingat aku apa? Bohsia? Eh, bohsia pun manusia, ada perasaan, okay! Kau tahu tak, kau buat aku hilang kepercayaan dekat kaum kau. Sampaikan makin hari makin aku rasa tak minat langsung nak ada perasaan dekat lelaki lain dan percayakan lelaki. Tak bermakna aku suka perempuan. Aku nak kahwin, aku nak ada keluarga sendiri tapi aku tak ada idea macam mana aku nak dapat apa yang aku nak bila kau dah asyik suka mainkan hati aku, mainkan hati kaum aku. Lelaki, sedarlah. Kalau kau tak nak buat aku jadi isteri kau, jangan kau cuba usik hati aku dengan ayat-ayat sweet kau! Memang hati aku terusik, tapi aku tak pernah balas, kan? Dan aku tak akan balas selagi kau bukan yang halal untuk aku. So, lagi baik kau simpan untuk yang halal bagi kau. Faham, tak?"
Berikut merupakan sesi luahan hati dari sekeping hati yang mungkin terluka dipetik dari sumber yang boleh dipercayai. Rasanya tak perlulah tahu siapa orangnya. Awak pernah alami? Bila cuba untuk faham luahan hati tadi, saya sedikit tersentuh dengan apa yang terjadi pada dia. Moga kita jadikan dia satu tauladan. :)
Wahhh, rindunya nak bercerita, bercakap dan meluahkan rasa hati. Hati lagi. Ya, hati. Semua manusia kan ada hati dan ada perasaan, saya pun ada. Sejak kebelangan ini, hati ini sering di-usik dan sering ter-usik. "Astaghfirullahalazim, betapa lemahnya iman hambaMu ini, Ya Allah. Susahnya nak berubah jadi baik,". Dan lalu saya berpesan pada diri saya. Sebenarnya, bukan susah. Tapi Allah SWT nak uji kesanggupan kita, sejauh mana tekadnya kita untuk melakukan perubahan dalam hidup kita.
Eh eh, tajuk tulis pasal player tapi cakap pasal hati? Apa kaitan hati dengan player? Di mata saya, banyak kaitannya, sebab saya nak cakap pasal heart player, bukan game player. Apa yang awak dapat bila awak jadi heart player, wahai manusia? Dapat mainkan hati orang? Bangga lah sebab dapat mainkan hati orang, ha? Adakah itu satu
kebanggaan? Duhai lelaki, telah saya katakan, jangan sekali awak usik hati perempuan itu jika awak tiada niat untuk menjadikannya sebagai isteri kerana hati perempuan itu lembut. Sebenarnya, bukan 100% salah lelaki. Perempuan pun salah. Kalau ada pembaca lelaki, harap jangan marah. Saya tak letakkan 100% kesalahan pada awak. Tapi kan, bila fikir punya fikir, sekuat mana pun iman perempuan, bila lelaki itu asyik cuba mencuri hatinya, lambat laun dia pasti kalah. Tapi tak tahu lah kan, kalau ada muslimah-muslimah dekat luar sana yang mampu bertahan. Alhamdulillah. Di sini saya nak selitkan beberapa nasihat berupa gambar, baca jangan tak baca! :)
Nasihat untuk perempuan :-
Nasihat untuk lelaki :-
p.s. Ingin saya seru kepada MR. JODOH supaya cepat-cepat datang masuk meminang dan cepat-cepat ijab kabul supaya awak boleh tolong saya jaga hati saya sebab saya takut saya tak mampu nak jaga hati saya lama-lama, saya tak cukup kuat. Saya perlukan pembimbing. :)