Apa Kau Dapat Kalau Kau Jadi Player?




Assalamualaikum W.B.T. wahai pengunjung yang saya nantikan,

Bila hati mula berbicara, "Awak lelaki dekat luar sana! Jangan jadi bodoh boleh tak? Kau tak tahu dosa pahala ke? Makin hari makin susah nak cari yang baik. Senangnya kan kau sebut perkataan 'sayang', 'i love you', 'rindu', 'i miss you', apa segala lah dekat kawan-kawan perempuan kau walaupun pada masa yang sama kau dah ada makwe pun. Woi! Agak-agak lah. Memang lah small matter tapi lama-lama boleh jadi big matter bila hati kawan-kawan perempuan mula rasa sesuatu. Kau tak fikir, ek? Mana kau letak akal kau? Ha? Dekat kepala lutut, ke? Sedangkan dalam Islam sendiri pun melarang kau mainkan hati perempuan tapi kenapa kau buat? Ha? Sebab nak have fun? Kau pergi have fun dengan orang lain lah tapi bukan aku! Dengan ayat sweet-sweet kau, kau buat aku ada feeling dekat kau then tiba-tiba kau boleh cakap yang kau hanya usik-usik? What the ... Arghhhh! Unfair! Aku pun bukan nak sangat ada perasaan dekat kau, kau ingat aku apa? Bohsia? Eh, bohsia pun manusia, ada perasaan, okay! Kau tahu tak, kau buat aku hilang kepercayaan dekat kaum kau. Sampaikan makin hari makin aku rasa tak minat langsung nak ada perasaan dekat lelaki lain dan percayakan lelaki. Tak bermakna aku suka perempuan. Aku nak kahwin, aku nak ada keluarga sendiri tapi aku tak ada idea macam mana aku nak dapat apa yang aku nak bila kau dah asyik suka mainkan hati aku, mainkan hati kaum aku. Lelaki, sedarlah. Kalau kau tak nak buat aku jadi isteri kau, jangan kau cuba usik hati aku dengan ayat-ayat sweet kau! Memang hati aku terusik, tapi aku tak pernah balas, kan? Dan aku tak akan balas selagi kau bukan yang halal untuk aku. So, lagi baik kau simpan untuk yang halal bagi kau. Faham, tak?"

Berikut merupakan sesi luahan hati dari sekeping hati yang mungkin terluka dipetik dari sumber yang boleh dipercayai. Rasanya tak perlulah tahu siapa orangnya. Awak pernah alami? Bila cuba untuk faham luahan hati tadi, saya sedikit tersentuh dengan apa yang terjadi pada dia. Moga kita jadikan dia satu tauladan. :)

Wahhh, rindunya nak bercerita, bercakap dan meluahkan rasa hati. Hati lagi. Ya, hati. Semua manusia kan ada hati dan ada perasaan, saya pun ada. Sejak kebelangan ini, hati ini sering di-usik dan sering ter-usik. "Astaghfirullahalazim, betapa lemahnya iman hambaMu ini, Ya Allah. Susahnya nak berubah jadi baik,". Dan lalu saya berpesan pada diri saya. Sebenarnya, bukan susah. Tapi Allah SWT nak uji kesanggupan kita, sejauh mana tekadnya kita untuk melakukan perubahan dalam hidup kita.

Eh eh, tajuk tulis pasal player tapi cakap pasal hati? Apa kaitan hati dengan player? Di mata saya, banyak kaitannya, sebab saya nak cakap pasal heart player, bukan game player. Apa yang awak dapat bila awak jadi heart player, wahai manusia? Dapat mainkan hati orang? Bangga lah sebab dapat mainkan hati orang, ha? Adakah itu satu
kebanggaan? Duhai lelaki, telah saya katakan, jangan sekali awak usik hati perempuan itu jika awak tiada niat untuk menjadikannya sebagai isteri kerana hati perempuan itu lembut. Sebenarnya, bukan 100% salah lelaki. Perempuan pun salah. Kalau ada pembaca lelaki, harap jangan marah. Saya tak letakkan 100% kesalahan pada awak. Tapi kan, bila fikir punya fikir, sekuat mana pun iman perempuan, bila lelaki itu asyik cuba mencuri hatinya, lambat laun dia pasti kalah. Tapi tak tahu lah kan, kalau ada muslimah-muslimah dekat luar sana yang mampu bertahan. Alhamdulillah. Di sini saya nak selitkan beberapa nasihat berupa gambar, baca jangan tak baca! :)

Nasihat untuk perempuan :-



Nasihat untuk lelaki :-


p.s. Ingin saya seru kepada MR. JODOH supaya cepat-cepat datang masuk meminang dan cepat-cepat ijab kabul supaya awak boleh tolong saya jaga hati saya sebab saya takut saya tak mampu nak jaga hati saya lama-lama, saya tak cukup kuat. Saya perlukan pembimbing. :)


Saya Dah Dapat, Awak?

Annyeong,

Ha, tahu tak saya dapat apa? Saya dapat SESUATU YANG BUAT SAYA TERSENYUM BILA SAYA FIKIRKANNYA. HAHA! A bit little COMEL dekat situ, kan? :) Okay, nak tahu saya dapat apa? Saya dapat GREEN LIGHT! Mungkin lah ada antara awak-awak dah dapat lama dah pun, tapi nak buat macam mana, saya baru saja dapat. :(

Ha? GREEN LIGHT? Yang traffic light dekat jalan raya, ho? Ada ke orang dapat untuk diri sendiri? :O HAHA! Of course, TAK. Saya punya green light berfungsi lebih kurang sama macam yang atas jalan raya tapi dia punya hala tuju lain sikit. Meh nak tunjuk saya punya GREEN LIGHT bentuk macam mana. :)



Ini dia conversation between my mummy and I. HAHA! Nampak comel bila dua beranak ber-text menge-text, kan? Macam saya cakap tadi lah, mungkin ada antara awak-awak dah dapat lama dah green light dari parents untuk mempunyai BUAH HATI tapi saya baru saja dapat. So lepas ini boleh lah ajak si dia datang rumah. WAHHH. :D gaya macam ada, kan? Padahal tak, pun. Sebenarnya saya bukan nak green light untuk ber-cinta ber-couple bagai, bukan bukan. Saya jadi SELOK SEKEJAP bila my mummy bercakap tentang jodoh. Seems like my mummy pun tak sabar nak dapat menantu, kan? Like mummy like daughter lah. HAHA! Si anak tak sabar nak kahwin, si ibu tak sabar nak dapat menantu dan mungkin cucu. What the ..... HAHA! Dah dah, stop dekat situ. Tapi tak adalah saya nak terus cari PAKWE @ BALAK @ CALON SUAMI bila my mummy dah bagi green light sebab semuanya saya dah serahkan pada Tuhan Yang Maha Esa, so just follow the flow. Senang, kan? Bila dah tiba masa dia, saya jemput lah kalian, yeee. :)

p.s. Just wanna share my ke-SELOK-an. (^_^)V peace!

Jangan Diusik Permata Itu


Assalamualaikum W.B.T. rakan-rakan pembaca sekalian,

Awak tahu kan yang saya seorang PEREMPUAN? Tapi saya bukanlah perempuan yang sempurna, bukanlah perempuan yang bertudung labuh, dan bukanlah perempuan yang diidamkan lelaki soleh. Saya hanyalah saya. Seorang perempuan yang beragama Islam dan sedang berusaha untuk melakukan perubahan ke arah kebaikan.


Sememangnya lumrah manusia, inginkan yang sempurna untuk menjadi pasangan hidup. Nak yang baik-baik, tak kisah lah lelaki ke perempuan. Tipu lah kalau tak, kan? Ha, jangan ingat saya nak cerita pasal jodoh, pasal cinta, pasal kahwin. Dah dah, tak nak dah cerita-cerita bab-bab yang macam saya sebutkan tadi. Tapi ada sedikit berkait lah, tapi ada kelainan sikit. Nak tahu apa yang lain? Jom sambung baca.

Post saya kali ini saya lebih tujukan kepada KAUM LELAKI. Jadi, kepada lelaki di luar sana, sila gunakan mata hati awak untuk faham apa yang saya cuba nak sampaikan. BOLEH?


Boleh nampak tak gambar perempuan yang dekat atas? Jelas, kan? Ini ciri perempuan idaman awak untuk dijadikan isteri, kan? Perempuan yang menutup aurat ibarat seperti sebiji gula-gula yang belum dibuka bungkusannya. Jadi, jangan awak usik dia sebelum masanya. Kalau dia yang awak pohon, jangan luahkan pada dia. Sebab sekali awak tersilap langkah, dia dah tak jadi macam sebelum kenal awak. Pohonlah hati dia pada Allah SWT.

Nak tahu kenapa saya buat pesanan macam ini? Sebab kebelakangan ini saya nampak segelintir perempuan yang bertudung labuh dah mula ber-couple. Saya bukan nak marah, tapi bila dah berpegangan tangan, sentuh-sentuh dengan bukan muhrim, nampak tak elok. Orang cakap, pakaian melambangkan pemakainya. Memang manusia tak sempurna, tapi bila awak bawa imej bertudung labuh, orang akan kerap perhatikan awak sebab orang lain rasa kagum dengan imej awak. Tapi bila awak ber-couple, sentuh-sentuh dengan bukan muhrim, orang dah mula perlekehkan awak. Kadang-kadang, orang akan turut perlekehkan perempuan bertudung labuh yang lain walaupun mereka tak buat macam awak buat. Inilah orang cakap, sebab nila setitik, habis rosak susu sebelanga.

Jadi, pengajarannya dekat sini, LELAKI dekat luar sana, jangan usik, jangan rosakkan, dan jangan dekati permata-permata ini sebab hati permata-permata ini rapuh, lembut dan mudah layu. Andai ingin berkawan, buat cara berkawan. Ada beza antara kawan biasa dan kawan luar biasa. Islam itu mudah, tapi kita yang buat dia nampak macam susah. Apa yang Allah SWT tetapkan ada hikmah yang tersembunyi. Renung-renungkan dan selamat beramal. :)

p.s. Mohon seribu kemaafan andai terkasar bahasa, tersilap bicara dan terguris hati.

Hatiku Tenang Bersama-Mu


Assalamualaikum W.B.T. rakan pembaca yang saya hormati,

Kawan-kawan sihat? Kalau sihat, alhamdulillah. Saya pun sihat. Syukur, segala urusan dipermudahkan walaupun ada beberapa kesulitan. Kesulitan? Masalah? Bebanan? Tanggungan? Keperitan? Kesakitan? Itu semua ujian Allah SWT. Tapi ingat, jangan sesekali salahkan Dia yang menguji sebab Dia hantar ujian sebagai bukti Dia rindukan kita. Dia nak kita dekatkan diri kita dengan Dia sebab Dia tak nak kita jauh dengan Dia. Sayangnya Dia dekat kita, kan? :)

p.s. perkongsian untuk 17 Ramadhan 1433.