Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Ragam Customer Yang Seribu Satu Macam

Saya nantikan pesanan anda. :D

Kerja sebagai seorang waitress memang agak mencabar, kadang-kadang. Yelah, ragam pelanggan yang bermacam-macam jenis buat saya rasa tak suka jadi waitress .. tapi apakan daya, tugas sebagai seorang anak menolong kedua ibu bapa, kan? Nak tahu apa ragam mereka? Jom kita ikuti :-

1. Yang memudahkan kerja

SAYA : Ye, nak minum apa? *muka innocent

CUSTOMER : Hmmm, teh o ais satu.

2. Yang meng-ANJING

SAYA : Ye, nak minum apa? *muka innocent

CUSTOMER : Minum air lah.

SAYA : Hmmm, memang lah minum air. Takkan minum nasi, kan? (DALAM HATI)

3. Yang nak me-LAWAK

SAYA : Ye, nak minum apa? *muka innocent

CUSTOMER : Senyum dulu, baru saya bagitahu. *sambil buat muka kelakar

SAYA : Hmmmmm. *ter-SENYUM

CUSTOMER : Air teh tarik.

Alhamdulillah kalau dapat yang terus straight to the point. Bukan aku malas nak layan, nak gurau-gurau cuma .. aku kurang mesra alam dengan kaum ADAM. HEHE! Maafkan saya, kaum ADAM. Saya pemalu lah, HAHA! Okay lah, jika ada customer yang membaca .. sila straight to the point, okay. Saya ada banyak lagi kerja di dapur. :)

p.s. Cuci mata sikit-sikit pun boleh. HAHA! :D

Mukabuku Mampu Melatih Diri Kita Menjadi Seorang Ibu

MUKABUKU melatih saya menjadi seorang MUMMY.

Hmmm, umur pun dah SEMBILAN BELAS tahun. Mungkin naluri keibuan semakin meng-HADIR-kan diri ke dalam diri ini. HAHA! Naluri keibuan? Opsss ... dah ada dah sikit-sikit? Statement yang agak NGEK. :D Orang cakap, bukan saya cakap .. bila seseorang PEREMPUAN itu menjadi IBU, dia akan lebih-lebih lagi menghargai IBU-nya. Betol-betol buat saya tak sabar nak jadi seorang ibu .. tapi calon? Hmmm, menanti jodoh terbaik dari Allah SWT. Tapi saya pelik bila .. yelah, sanggup seorang ibu mengelar anaknya .. sanggup seorang ibu buang anaknya dalam tong sampah, dalam longkang .. Mana sayang awak pada anak awak? Mungkin awak terpaksa .. tapi janganlah buang, awak boleh letak dekat surau ke, dekat rumah anak yatim ke, depan rumah orang ke .. Dah dah, back to the topic. Beberapa hari lepas, saya ada baca 1 artikel dalam MUKABUKU .. then saya rujuk SCRIBD. Ia berbunyi :-

- Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.

- Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

- Wanita yang hamil dapat pahala puasa di siang hari & pahala ibadat di malam hari.

- Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT.

- Wanita yang bersalin dapat pahala 70 tahun solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah SWT bagi satu pahala haji.

- Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

- Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin, ia dikira sebagai mati syahid.

- Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.

- Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya yang menangis maka Allah SWT beri satu tahun pahala solat & puasa.

- Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 tahun setengah, maka malaikat di langit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

- Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

- Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan oleh Allah SWT akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah SWT beri 12 tahun pahala ibadat.

Nak berkenalan dengan anak saya?
Ini HUMAIRA, anak perempuan saya.

p.s. Ummi, tak kira lah sama ada along dah jadi ibu ke belum .. ALONG SAYANG UMMI SANGAT-SANGAT. Terima kasih sebab lahirkan along. :D *wink wink

Setiap Yang Hidup Pasti Akan Merasai Mati

Bunga yang bakal MATI

Cuba tengok pokok-pokok di sekeliling awak ... berapa lama jangka hayat mereka? Dan berapa lama jangka hayat kita? Hmmm, wallahualam. Tak mampu nak bagi jawapan. Beberapa hari lepas, ayah saya ada pegang satu borang. Tak berapa nak faham apa fungsi borang tersebut tapi ia memang berkait dengan KEMATIAN. Tiba-tiba tergerak hati nak cakap :-

SAYA : Ummi, abah, kalau along mati, along nak ummi dengan abah tanam mayat along dekat sebelah kubur tok ki belah ummi. Boleh, tak?

PARENTS : Hmmm, kan dah penuh.

SAYA : Alaaa. Kalau dah penuh, tanam lah mayat along dekat sebelah tok ki belah abah. Boleh, kan?

PARENTS : ..... *diam seribu bahasa

Kebanyakan orang kurang suka bila saya bercakap pasal mati, walaupun mengingat kematian itu adalah satu perkara yang wajib kita buat. In pendapat saya. OKAY? Yelah, siapa yang nak orang yang dia sayang mati, kan? Semalam, saya ada cakap dengan sorang kawan saya ... dia marah. Dia cakap, "Jangan cakap macam ni, boleh?" Hmmm, saya bukan mendoakan kematian saya cuma saya takut. Lebih-lebih lagi bila saya ada baca tentang :-

Sebuah hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini tujuh puluh kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail : Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah SWT untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak-ketawa."

1 hari = 24 jam ... 24 jam = 1440 minit ... kiranya dalam masa 1 hari, setiap 20 minit, malaikat Izrail akan memerhati wajah kita. SETIAP 20 MINIT ... cuba bayangkan.

Rasulullah SAW pernah ditanya : "Siapakah orang yang beriman yang lebih bijak? Jawab baginda : Mereka yang lebih banyak mengingati mati dan lebih banyak persediaannya kepada perkara selepas mati, mereka itulah yang lebih bijak." (Hadis riwayat ibn Majah daripada Ibnu Umar r.a.)

Firman Allah SWT yang bermaksud : "Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datangnya ajal mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat pula mempercepatkannya." (Surah al-A'raf ayat 34)

If i getting close to my death, let me :-

1. APOLOGIZE TO ---> MY PARENTS, MY FAMILY, MY RELATIVES, MY FRIENDS, MY TEACHERS, MY LECTURERS, AND ALL HUMANS.

2. TELL THEM THAT I LOVE THEM ---> MY PARENTS, MY FAMILY, MY RELATIVES, MY FRIENDS, MY TEACHERS, MY LECTURERS, AND ALL HUMANS.

That's all, thank you for reading.

p.s. Ummi, abah, along sayang ummi dengan abah. :D

Wahai PEREMPUAN, Sila Jaga Hati Anda Sebaik-baiknya



PEREMPUAN VERSUS LELAKI

Eh eh, jangan salah faham. Bukan niat nak gaduh ... cuma mahu menasihati sesama manusia. Ingin diingatkan kepada semua yang bergelar PEREMPUAN, sila jaga hati anda sebaik-baiknya. Dan ingin ku seru kepada yang bergelar LELAKI, sila berhati-hati dalam mengeluarkan kata-kata dari lidah yang tidak bertulang. Straight to the point, post saya kali ini akan mem-BINCANG-kan tentang 'BILA LELAKI CAKAP SAYANG ... ' :-

1. BILA LELAKI CAKAP SAYANG ... jangan yakin pada sayang mereka selagi tidak dibuktikan dengan ikatan perkahwinan.

2. BILA LELAKI CAKAP SAYANG ... jangan terlalu percaya pada lidah yang tak bertulang.

3. BILA LELAKI CAKAP SAYANG ... jangan buktikan cinta dengan cara haram.

4. BILA LELAKI CAKAP SAYANG ... jangan terlalu yakin yang mereka akan setia.

5. BILA LELAKI CAKAP SAYANG ... jangan mudah terpedaya dengan janji manis mereka.

6. BILA LELAKI CAKAP SAYANG ... jangan terlalu yakin yang mereka tak akan cari orang lain.

7. BILA LELAKI CAKAP SAYANG ... jangan cuba ambil kesempatan atas kebaikan mereka.

8. BILA LELAKI CAKAP SAYANG ... jangan yakin yang perasaan tak akan berubah.

9. BILA LELAKI CAKAP SAYANG ... jangan fikir mereka tak berbohong.

10. BILA LELAKI CAKAP SAYANG ... jangan terlalu ingat mereka serius.

p.s. Specially for girls who are not married yet. :D Jangan marah-marah, guys.

Sebab Kenapa MATEMATIK Itu Menarik Di Mata Saya

I LOVE YOU

Bila asyik menghadap nombor, mata pun kadang-kadang jadi pening ... tapi andai kata soalan yang keluar sebijik macam gambar, dah tak pening dah. HAHA! Nice, kan?

Dengan adanya MATEMATIK ... kadang-kadang perasaan CINTA boleh diungkapkan. Percaya, tak? Tak kisah lah awak percaya ke tak, awak kena baca sampai habis. Sebab sekali masuk bab cinta, awak dah tak boleh keluar. MATEMATIK boleh ungkapkan CINTA dengan cara :-

1. ONE FOUR THREE

Memanglah 143 digunakan untuk banyak ayat seperti I LOVE YOU, I MISS YOU and I HATE YOU .. tapi kebiasaannya digunakan untuk ayat yang mampu mengukir senyuman. HAHA! Seperti I LOVE YOU .. kalau rasa macam nak romantik terlebih, boleh lah guna 143. :D

2. Bilangan kuntuman bunga MAWAR

Orang kata, bukan saya kata .. bilangan kuntuman BUNGA ROS mempunyai maksud yang tersendiri. Nak tahu apa maksud dia? Hmmm, kalau 3 kuntum = I LOVE YOU, 5 kuntum = I LOVE YOU SO MUCH, tapi tak tahu betol ke tak. Nak kepastian, sila tanya MR. GOOGLE sendiri lah. HAHA! :P

3. MASA dengan si dia

MASA? Eh, still berkait dengan MATEMATIK, okay. HAHA! Cuba korang kira masa yang korang peruntukkan dengan si dia .. hargai lah masa-masa itu kerana sememangnya masa yang diluangkan itu dah takkan boleh undur. :)

4. Soalan MATEMATIK

1+1 = 2, 2 mata merenung awak.

12+12 = 24, 24 jam fikir tentang awak.

3+4 = 7, 7 hari merindui awak.

1+11 = 12, 12 bulan tersebut-sebut nama awak.

Dan 1+0 = 1, 1 hati kecil berdoa agar awak takkan lupakan saya.

p.s. Aik? Tiba-tiba cakap pasal CINTA buat aku loya.

Saya Nak Samsung Galaxy S 2 ... Boleh Bagi Tak?

Already fall in love with 'him' ... HAHA!
Meh meh kita usha dia punya specification ... JOM TERJAH.

So ... apa pendapat awak?

p.s. Sedang cari pengganti untuk W995. :D

Wah, Bila Nak Kenal Dengan Mak Mertua?

Saya Sayang MAK MERTUA Saya, HAHA! :D

Amboi, gatal nak me-NIKAH nampak. Calon dah ada ke? Ops ... itu rahsia saya. :D Mana boleh bagitahu awak, malulah saya. Hmmm, nak buat persediaan untuk jumpa bakal mak mertua? Adoi, macam mana macam mana? Persediaan yang macam mana? Mana lah saya tahu, saya mana ada mak mertua lagi ... bakal mak mertua ada lah. Siapa? Aish, mana lah saya tahu. Jodoh kan di tangah Tuhan. HEHE! Cuma GET READY FROM NOW lah. 6 tips apabila berjumpa dengan BAKAL MERTUA :-

1. TANYA KHABAR

MERTUA : Jemputlah masuk.

SAYA : Hmmm, mak cik sihat? Pak cik sihat?

MERTUA : Sihat, alhamdulillah.

2. SOPAN SANTUN

Awak, jangan lah tunjuk sangat perangai tak senonoh ... berlakon lah sikit. Tapi still jadi diri sendiri, ye. :D Nanti kalau nampak sangat perangai tak senonoh, ada yang kena REJECT jadi menantu. Aish, minta dijauhkan lah kan? HEHE!

3. JADI DIRI SENDIRI

SI DIA : Eh, apa kena dengan GF/BF aku ... tiba-tiba jadi lain.

Sah-sah awak berlakon jadi orang lain ... tak payah lah, jadi diri sendiri sudah. OKAY? Nanti bila sekali awak dah jadi orang lain, sampai bila-bila awak kena berlakon jadi orang lain. Aish, penat lah berlakon. x_x

4. HORMAT

Hormat ini menyeluruh, kita kena hormat pada semua orang di sekeliling kita. Apa perasaan awak kalau orang lain tak hormat awak? Awak suka, ke? Kalau saya lah ... saya MARAH. Jadi, kalau nak orang hormat awak, sila lah hormat orang lain. OKAY?

5. JANGAN TERLAMPAU JUJUR

Jujur itu memang baik ... tapi jangan lah terlampau jujur. Contohnya :-

MERTUA : Makan ikan, tak? Kalau tak makan, nanti boleh masak lauk lain.

SAYA : Hmmm, masak lah lauk lain. Tak suka sangat makan ikan.

Adoi, jawapan apa lah yang awak bagi ... GRRR! Lain kali jawab ...

SAYA : Makan apa-apa pun. Nak saya tolong?

Fuh, kalau jawab yang macam tadi ... sejuk hati MERTUA dengar. :D

6. JANGAN BANYAK SONGEH

SAYA : Hmmm, lauk lain ada tak? Saya tak makan sangat lauk ikan.

Adoi, memilih punya manusia. Hmmm, HATI-HATI! Anda akan dipandang serong oleh orang di sekeliling anda. Even kita tak suka dengan sesuatu pun, jangan lah tunjuk sangat. Cakap sayang dekat si dia kan, so terima apa yang ada. OKAY?

p.s. Jangan lupa praktik. OKAY?

Mereka Adalah SEGALANYA Buat Saya

Wah, besarnya gambar. HAHA! Comel, kan?
Cuba teka saya yang mana satu ... ???

Hari ini, saya akan bercakap tentang FAMILY. I'm so ECITED now! HAHA! Miss them damn much. :D Especially MY PARENTS. Dalam apa-apa hal melibatkan kehidupan seharian, saya akan refer pada MY PARENTS sebab mereka adalah orang yang paling penting dalam hidup saya. Contohnya :-

ME : Ummi, abah, basikal dah sampai. Tadi GDEX hantar.

MY PARENTS : Baguslah. Nanti hati-hati. Jangan sampai jatuh. Nanti kalau luka, susah.

ME : Okay, ummi. Okay, abah.

HAHA! Seriously, macam umur 9 tahun lah. Tapi hakikatnya, dah umur 19 tahun. Kelakar lah. Dah dah, hari ini saya akan berkongsi tentang beberapa HADIS yang berkait dengan FAMILY :-

1. Keredhaan Allah SWT terletak pada keredhaan kedua ibu bapa. (HR Al-Hakim)

Hmmm, jadi untuk dapat keredhaan Allah SWT, kita kena dapat keredhaan ibu bapa kita. Macam mana nak dapat? Berbuat baik lah dengan PARENTS awak. Contohnya :-

- call tiap-tiap hari. GF/BF boleh call, tapi parents? Tepuk dada, tanya hati. Okay?

- doakan mereka setiap kali lepas solat. Takkan nak doa untuk kita sorang, parents kita? Takkan nak masuk syurga sorang-sorang, parents kita? NAUZUBILLAH.

- bercakap dengan lemah-lembut. Dengan GF/BF boleh cakap lemah-lembut, bak kata orang pijak semut pun tak mati tapi bila dengan parents?

2. Jangan mengabaikan kedua ibu bapa. Barangsiapa mengabaikan orang tuanya, maka dia kafir. (HR Muslim)

Betol apa orang cakap, seorang IBU boleh jaga berbelas-belas anak ... tapi berbelas-belas anak boleh ke jaga seorang IBU? Kalau boleh, kenapa wujudnya RUMAH ORANG TUA-TUA? Sesibuk mana pun kita, sekaya mana pun kita, kita takkan jadi kita yang sekarang tanpa PARENTS kita.

3. Ibu mertua kedudukannya sebagai IBU. (HR Tirmidzi dan Ahmad)

Macam mana kita hormat ibu kandung kita, macam itu lah kita kena hormat ibu mertua kita. Pernah baca kisah Alqamah? Ini lebih merujuk kepada perempuan lah. Jadi kepada perempuan-perempuan di luar sana, sama ada yang dah berkahwin atau bakal berkahwin, jangan lah buat suami awak lebihkan awak berbanding ibu dia. Faham? Jadikan kisah Alqamah sebagai teladan kita bersama.

Cukuplah sekadar berkongsi pendapat. Kita jumpa di lain masa, okay? Harap kita sama-sama dapat mengambil sedikit ilmu di malam yang indah ini. HAHA!

p.s. Agak-agak bila MR. AYAM nak kenalkan mak mertua, ek? HAHA!