For The First Time With My Girl-friends


Kenangan terindah tercipta lagi di antara kami, moga mengeratkan silaturrahim antara kami. AMIN. Pada 17 DISEMBER 2011, kami telah ber-PICNIC di tepi sebuah sungai yang terdapat di MARAN, PAHANG dengan menaiki kereta KANCIL. Siapa DRIVER? HAHA! Of course lah ME and one of my girlfriends named SYAH. Jom ikuti diari perjalanan kami :-

8.00 pagi - Beberapa manusia iaitu NABILAH, CHE MIRA, SYAHIDA, SHAFIRA, dan FAZLIN telah ke villa milik SYAH dan JAMILAH untuk menyediakan MAKANAN dengan menaiki VAN.

9.00 pagi - Saya dan SYIFA me-NYIAP-kan diri kami untuk meng-AMBIL kereta sewa. Hampir ter-putus usus sebab ter-LAMPAU ber-DEBOR. Yelah, since dapat lesen, saya tak pernah DRIVE manual car. So ... takut lah.

10.30 pagi - Dapat kereta. SYAH drive satu, saya drive satu. I GOT THE RED ONE. :D

11.00 pagi - Jemput anak-anak AYAM untuk ke PICNIC STATION. HAHA! :P *padan muka korang

12.30 tengah hari - Sampai di PICNIC STATION. Mula-mula kami melantak dulu sebab perut lapar sangat. Bayangkanlah till 12.30 tengah hari, kami tak makan lagi. Especially ME and SYIFA lah. Yang lain tak tahu sebab mereka kan asyik masak, takkan lah tak masuk langsung dalam mulut, KAN? HAHA! Antara makanan yang dihidangkan ialah BIHUN GORENG dan SANDWICH. Siapa yang masak? Tak payah nak mention lah kan, sebab tak berminat nak PROMOTE tukang masak. :P

1.00 tengah hari - TERJUN DALAM SUNGAI! HAHA! Mana gambar? Opsss, maaf. Gambar di-PELIHARA atas sebab-sebab tertentu. Sungai itu sangat-sangat sejuk airnya. Boleh bayang tak betapa sejuknya?

3.00 petang - Bersiap untuk pulang. Nasib baik lah dekat sana ada provide TOILET so memudahkanlah kami nak bersiap.

3.15 petang - Berhenti di masjid untuk menunaikan SOLAT ZOHOR. Then, isi tangki minyak. Yelah, tangki kami dah kami isi, so sekarang giliran kereta lah nak isi tangki dia. KAMI MERANCANG untuk ke ........ HAHA!

6.00 petang - Sampai di JERANTUT! Firstly, stop dekat masjid untuk SOLAT ASAR. Hanya sebuah kereta yang berhenti dekat masjid while the other one balik rumah driver. Rumah siapa? Rumah SYAH. Then, lepas SOLAT ASAR, kami berangkat ke rumah SYAH. Tiba-tiba nampak tayar macam tak semengah sangat, so ... KAMI PERLU KE STESEN MINYAK. Apa lagi, isi angin lah. Dah lah kereta merah buat hal, meter minyak ROSAK. Dan kami tak tahu paras mana minyak kami.

6.30 petang - Melawat PASAR MALAM JERANTUT. Agak besar lah. :D Then, belilah sikit-sikit makanan. Lagipun bihun goreng tak habis lagi. So, tak nak lah membazir, KAN? Kemudian, kami menuju ke TAMAN PERMAINAN untuk MAKAN. Haduiii, ada satu part yang amat MENARIK tapi ... rasa macam tak nak cerita. Boleh?

7.15 malam - Kami ke masjid untuk menunaikan SOLAT MAGHRIB. Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Dan mendoakan moga kami selamat pulang ke UiTM JENGKA.

8.00 malam - NABILAH belanja KARAOKE. HAHA! And for the first time, i joined them. Yelah, siapa yang belanja mestilah dia yang paling banyak nyanyi, KAN? So, boleh agak tak siapa yang NYANYI? Saya penat sangat sampai langsung tak nyanyi lagipun saya tak pernah masuk tempat KARAOKE, honestly.

9.30 malam - Kami berangkat pulang. My mummy dah mula bising, kejap kejap text, kejap kejap text tanya ada dekat mana. HAHA! Otw balik, layan lagu HINDUSTAN. Lin lah yang mainkan. Eh eh, lin ke ida, ek? Alamak, dah tak ingat dah.

10.30 malam - Sampai di villa SYAH dan JJ. Tukar-tukar orang, simpan barang-barang pastu bertolak balik. Tapi ada satu part yang saya tak suka sangat-sangat. KENA TAHAN DENGAN GUARD. Kereta tak boleh masuk dalam sebab kereta sewa. Haduiii, menyampah.

Sampai di bilik, mandi dan rehat. Sangat-sangat penat, lagipun dah lama sangat tak drive manual. Seksa kaki, weiiii. PENGALAMAN yang MENYERONOKKAN sebab tak pernah buat sebelum ini. HAHA! Bayangkanlah 1 hari saya dengan SYAH drive. Mana tak penat. Kalau SYAH mungkin dah biasa, tapi saya tak. :D

p.s. Next destination ---> GAMBANG WATERPARK. Boleh, kan? HAHA! :D

Mak Tak Setuju Dengan Pilihan Awak!


Since anak-anak dah besar, dah pandai dah dia bercinta.

Since anak-anak dah bercinta, dah pandai dah dia tunjuk kekasih hati dekat parents.

Since anak-anak dah tunjuk dekat parents, dah pandai dah dia fikir pasal kahwin.

Tapi macam mana kalau tiba-tiba .....

MAK : Mak tak berkenan dengan pilihan kamu. Dengan kerja dia pun belum tentu dapat tanggung awak, ada hati nak jadi menantu mak.

MAK : Pilihan dari ceruk mana yang kamu cari? Tak sedap langsung mata memandang. Dengan pakaian yang selekeh, sekurang-kurangnya carilah yang pakai kemeja. Kalau boleh yang siap bertali leher lagi. Faham?

MAK : Itu kamu cakap kekasih kamu? Huh, kalau mak lah, tak hingin. Ayah kamu dulu datang jumpa nenek dengan atuk bukan main lagi bawa makanan lah, itu lah, ini lah. Pastu bukan main hormat lagi dekat nenek dengan atuk tapi kekasih kamu? Hmmm, haram.

MAK : Hari itu cakap dekat mak bukan main lagi, handsome lah, itu lah, ini lah. Huh, last-last ... handsome apa kalau takat macam itu? Dengan bau rokok lagi. Ish, tak suka lah mak.

MAK : Haduiii, perempuan mana pulak kamu bawa jumpa mak. Dah lah tak pandai masak, pastu mak suruh basuh pinggan pun macam nak tak nak. Nampak sangat pemalas. Tak hingin mak nak buat jadi menantu.

MAK : Hmmm, buah hati kamu tak pandai-pandai nak solat ke? Dah nak habis waktu dah.

*lah, aku yang nak kahwin ke, mak aku yang nak kahwin?

Itulah IBU. Sayangnya dia sampai semua bende dia nak tetapkan. Jadi carilah yang menepati ciri-ciri yang MAK AWAK nak, bukan hanya setakat cari yang awak nak. Ingatlah, restu ibu bapa membawa kebahagiaan. Ngeee. :D

Ku Dipinang Dengan Bismillah


Pada suatu hari, aku menerima panggilan dari ummi. Ummi meminta ku pulang ke rumah pada hujung minggu ini. Katanya, ada sesuatu yang ingin dibincangkan. Tanpa banyak soal, aku terus ke bandar untuk membeli tiket pulang ke rumah. Yeah, macam biasa lah. Tiket ke DUNGUN, RM24.00 pada pukul 8.30 malam.

Kini tiba hari yang dinanti, masa untuk pulang ke rumah. Aku pulang seorang diri menaiki bas tanpa kawan-kawan di sisi. Otak ini sibuk memikirkan tentang kata-kata ummi tempoh hari hinggalah membuatkan aku tertidur. Tanpa ku sedari ... 4 jam kemudian, sampailah ku ke KERTEH. Wah, rindunya rumah! Abah menjemputku di bus stop seperti biasa. Disebabkan rasa letih dan penat, aku terlupa untuk bertanyakan tentang kenapa aku diminta pulang ke rumah.

Pada keesokan hari, seperti biasa aku akan menolong kedua ibu-bapaku di kedai. Setelah semua makanan telah habis dijual, masa untuk kami me-LEPAK telah tiba. Tiba-tiba :

UMMI : Along, ada orang datang masuk meminang.

ALONG : Yeke, ummi? Wah, angah dah nak kahwin.

ANGAH : Apa awak merepek ni?

ALONG : Lah, betol lah.

UMMI : Orang datang masuk meminang awak lah, along. Bukan angah.

ALONG : Apa? Tapi along kan tengah belajar.

UMMI : Ye, ummi tahu. That's why lah ummi suruh balik. Nak bincang.

ALONG : Siapa, ummi?

UMMI : Orang lah.

ALONG : Tapi siapa?

"Along, BANGUN!!!" .. suara adik saya mengejutkan saya dari tidur. Haduiiiii, kacau betol lah. Orang tengah mimpi nak kahwin, dia datang kejut pulak. HAHA!