Di Saat Hari Pertunanganku

ASSALAMUALAIKUM and GOOD AFTERNOON to all readers,

Dah ber-TUNANG? :)

p.s. Biarlah menjadi persoalan dan tanda tanya.

Bila Dah Sampai Masanya, Saya Redha

ASSALAMUALAIKUM and GOOD AFTERNOON, wahai readers sekalian.

Dah lama tak jenguk BLOG sendiri, busy memanjang dengan TEST untuk 9 SUBJECT. Fuhhh, akhirnya dah habis test tapi nak kena study untuk final exam lah pulakkk. Bukan niat nak main-main dalam blogging, cuma masa tak mengizinkan. Dengan lab report utk 4 SUBJECT, 1 SUBJECT bagi 4 LAB REPORT dalam masa 1 MINGGU. Agak GILA, kan?


Pada suatu hari, ada seorang kawan tanya saya pasal KAHWIN.

KAWAN : Fatin, agak-agak lah kan kalau ikut planning, bila nak kahwin?

SAYA : Entah, tak tahu.

KAWAN : Betol-betollah, mesti ada punya planning nak kahwin bila.

SAYA : Betol, tak tahu bila. Calon bukan ada pun.

KAWAN : Kalau ***, 25 tapi ******* 27.

SEE! My friend pun dah ada planning. Saya pun ada, planning nak kahwin lepas habis DIPLOMA. Tarikh pun dah ada, 14-09-2013. I'm wishing my dream comes true. Hanya tunggu masa lahhh. Yeee, saya sokong nikah khitbah, kahwin awal untuk elak zina. Tapi ramai yang cakap, "TAK BEST LAH, TAK BOLEH NAK ENJOY". Perlu ke ENJOY? UNTUK APA? HANYUT DENGAN HIBURAN DUNIA? Hmmm, pada pendapat saya, banyak yang kita dapat bila kita kahwin. Antaranya :-

1. LEBIH BERTANGGUNGJAWAB - bila kita dah kahwin, kita tak adalah nak buang masa sangat sebab kita ada tanggungjawab. Nak kena masak, nak kena kemas rumah, nak kena basuh baju so kita takkan lah nak main game sampai lewat malam sebab esok pagi nak buat breakfast untuk husband.

2. PANDAI MASAK - bila kita dah kahwin, takkan lah asyik nak suruh husband beli makanan dekat luar atau makan MAGGI, KAN? So, kita akan belajar masak. Cepat atau lambat, kita tetap akan belajar, believe me.

3. BERDIKARI - bila kita dah kahwin, dah tak duduk serumah dengan parents. Bila dah berjauhan, semua kena buat sendiri. Basuh baju, lipat baju, kemas rumah, dan semua lah. Slow-slow kita boleh belajar lepas kahwin sebab bila dah kahwin, kita rasa itu perlu untuk dipelajari dalam membina keluarga.

4. TAK PENTINGKAN DIRI - bila kita dah kahwin, dah tak boleh nak pentingkan diri sendiri. Kalau nak masak, kena masak untuk 2 orang. Bukan untuk 1 orang. Apa yang kita buat, semua kena fikir husband kita.

5. DAPAT PAHALA - bila kita dah kahwin, kalau kita merajuk, then husband kita pujuk ... dapat pahala. Bukan dapat dosa. Kalau ingat, rindu, manja-manja, semua halal. Rumah tangga pun lagi bahagia, tambah dengan pahala yang kita dapat lagi.

Manis kan KAHWIN? :)

p.s. Khas untuk perempuan sahaja.