Surat Buat MR. AYAM dari MRS. AYAM : Saya Minta Maaf.



Toink toink ... Ada surat untuk awak, MR. AYAM.

Ke hadapan MR. AYAM yang saya kasihi,

Saya nak minta maaf sebab :-

1. Buat status yang macam .... T_T

I think I should not write like this ... I'm sorry. I know that it is my fault. I just want to let you know that I am angry with you. I can't be matured like the other girl that you know. Even I am 19 years old but sometimes I doesn't look like a girl aged 19 years old. It is me.

2. Marah-marah dan salahkan awak.

I do not mean to do that, to say something like that last night ... I'm sorry. You are the one who make me angry, so ... I should be like that last night. Right? Yeah, don't blame me and don't blame you. So? Who will I blame?

3. Selalu cari gaduh dengan awak dan selalu kacau awak tidur.

Still remember what you've said before ... "KALAU AWAK TAK KACAU SAYA TIDUR, SIAPA LAGI NAK KACAU" :D ... Go and ask another girl lah. HUH! Hmmm, of course I will. I am the bad girl who like to disturb people around me. Even you always told me to be a good girl but I'm still be a mischievous girl.

p.s. You are allowed to reveal your identity, MR. AYAM. :D Do you really dare?

Apabila Si Dia Jauh Di Mata Tapi Dekat Di Hati

SWEET picture, right?
This is my wallpaper phone right now, i made it by myself.
Mr. AYAM and me.

BERJAUHAN. Pada pendapat saya, ini adalah perkara biasa bagi kita sebagai manusia. Yelah, takkan lah nak berkepit 24 jam, kan? Adoi, rimas lah. Dah lah berjauhan, busy pulak. Hmmm, memang merana lah. Okay, takpe takpe. Jalan penyelesaian ada di hadapan. Hari ini saya akan berkongsi tips untuk ... hilangkan rasa rindu pada SI DIA bila berjauhan :-

1. C.A.L.L.

Lah, kalau rindu, call lah si dia. Apa yang susah? Just tell him/her that u miss him/her. Then, end call. FINISH! Tapi kalau jadi macam ini ... 'Asyik saya yang call dia, dia tak call saya pun' ... Okay, just break up! HAHA! :D Buat apa nak rindu orang yang tak rindu kita, kan?

2. T.E.X.T.

Dah lama tak contact? Okay, jom text. Bukan nak text 24 jam, cukuplah sekadar 2 3 kali berbalas message. Kan? Untuk hilangkan rindu ... :D tak luak pun kredit ... sebab kita kan dah 8pax or activ10 number si dia. Last sekali, cakaplah 'SAYA RINDU AWAK'. Terubat lah rasa rindu itu, biarlah sikit pun.

3. Baca message si dia yang lepas-lepas

Inilah gunanya message dalam phone yang tak di-DELETE. HAHA! Time bosan, baca. Time rindu, baca. Tak dapat tuan punya message pun takpe, cukuplah hanya sekadar message. :D Dan mesti korang akan senyum sorang-sorang macam kerang yang busuk lagi hanyir. HAHA!

4. Tengok GAMBAR si dia

Bak kata orang lah, tak dapat tengok tuan punya badan, tengok gambar pun jadilah. Tapi jangan lah asyik sangat, kang orang dalam gambar kenyit mata, terkejut mengalahkan beruk korang. HAHA! Terus kena heart attack. Sambil tengok, mulut korang pun akan berbunyi :-

Bagi si lelaki : "Comel lah pulak aku tengok awek aku, hmmm ... "

Bagi si gadis : "Eh, lama-lama tengok, nampak hensem lah pulak pakwe aku ... "

5. Tengok wall FB si dia

Even si dia tak online pun, korang tetap jadi stalker yang setia. Kalau boleh, nak baca setiap post yang ada dari sekarang sampai hari first si dia join facebook. Yelah, nak stalk siapa lagi kalau bukan stalk orang yang kita sayang, kan? HAHA! Tapi kadang-kadang ... ini boleh akan memanaskan hati kita bila kawan si dia menge-POST something yang boleh buat kita rasa panas hati. Adoi, lain pulak jadinya.

p.s. Ini adalah berdasarkan pengalaman saya, HAHA! Dan saya yakin, korang pun sama. :D

Maaf, Sila Ke Bahagian 'REJECT SHOP'

LELAKI OH LELAKI

Sebagai perempuan, kita kena berhati-hati dalam memilih calon suami. Bukan nak pilih yang handsome, kaya, pakai kereta mewah, cuma nak pilih yang ... Tipulah kalau ada yang tak nak lelaki handsome + kaya, saya pun nak ... Tapi bila fikir, apa guna kalau perangai dia ... Dah dah dah, straight to the point lah ... hari ini kita akan membincangkan tentang CIRI-CIRI LELAKI YANG PERLU DI-REJECT DARI MENJADI CALON SUAMI ... Antaranya ialah :-

1. Suka berdua-duaan

B : Sayang, esok kita keluar, ek. I nak ajak U tengok wayang.

G : Oh, yeke? Nak ajak siapa lagi?

B : Kita keluar berdua dah lah. Baru romantik.

Tuttt, anda di-REJECT.

2. Suka melengah-lengahkan solat

G : U dah sembahyang ke belum?

B : Belum. Kejap lagi lah. Lagipun awal lagi, kan?

Tuttt, anda di-REJECT.

3. Suka pegang-pegang

G : Kita nak lintas jalan or guna jejantas?

B : Kita lintas jalan lah. Meh I pegang tangan U. Kang apa-apa jadi, susah lak.

Tuttt, anda di-REJECT.

4. Suka elak diri bila ajak jumpa family

G : U free tak esok?

B : Kalau untuk U, 24 hours I free. Kenapa?

G : Parents I ajak U lunch. So, boleh lah kan kita lunch sama-sama, kan?

B : Ops, sorry sayang. I baru teringat yang I ada meeting tengah hari esok. Maybe I tak keluar lunch.

Tuttt, anda di-REJECT.

5. Suka pinjam duit

B : Hmmm, sayang. I pinjam duit U dulu, boleh tak? Nanti bila dah dapat gaji, I bayar lah.

G : Yang lepas pun U tak bayar lagi, nak pinjam lagi?!

B : Ala, takkan dengan I pun nak berkira.

Tuttt, anda di-REJECT.

When U said, DO YOU LOVE ME and I said, I DO

A secret between us ...


Love to hear this song ...


I DO LOVE YOU, MUMMY & DADDY.

p.s. have a nice trip here. :D

Saya Budak Baru Belajar, Kalau Salah Tolong Tunjukkan


I KNOW WHO I AM. Masih banyak yang perlu dipelajari sebagai seorang BLOGGER. Rasanya tak perlu malu bila ditegur tentang apa yang kita buat ... sebab dengan cara itu, kita boleh berubah ke arah yang lebih baik.
Mahu dengar cerita? Ini Fatin Mira mahu kongsi 1 cerita. Someone already give me a comment on a post in my blog ... i accept it! Thanks, buddy ... but i'm not really understand on what you have said before. It sounds like, "kalau boleh, simplekan sikit blog sebab orang nak baca serabut sikit (banyak) ... sometimes less is more".

Kepada AcikCatering : Boleh terangkan dengan detail, tak? Kadang-kadang saya pending sikit ... saya memang minah blur. Harap maaf, ye.

Kalau ada kawan-kawan yang faham, tolonglah terangkan apa silap saya. Saya akan cuba baiki A.S.A.P. Betol, tak tipu punya lah. Saya cuma kurang faham ... "apa yang serabut?".

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.

p.s. Saya buta IT, harap maaf. :D

Saya Bahagia Bila Bersama Mereka

KAWAN SELAMANYA.

Inilah RUMAH SEWA kami. Yang di atas adalah sebahagian dari ahli rumah. Tinggal di sini seramai 9 orang ... mana 3 orang lagi? 1 orang = saya, 1 orang = tak sempat nak masuk sebab tak sedar orang tengah bergambar dan 1 0rang = balik rumah ...

KOSONG? Buat masa sekarang, yeah ... tapi untuk 2 bulan lagi, TAK! Kami akan daftar masuk rumah mungkin 3 hari awal dari tarikh daftar masuk U. Sebab kami EXCITED nak buat preparation di rumah baru. HAHA! Semangat 1 rumah ... itu penting.

Nama? Nak tahu? Hmmm ... OKAY OKAY OKAY, saya kasi tahu. Bermula dari kiri kamu ... SYAH, IDA, NABILAH, FAZLIN, JAMILAH DAN CHE MIRA. Yang lagi 2 orang, nama ... SHAFIRA & SYIFA. Berminat? Hmmm, semua dah berpunya lah. Kepunyaan PARENTS mereka. HAHA!

Berapa sewa rumah? Kalau saya kasi tahu ... please lah buat muka TERKEJUT. RM130 untuk satu kepala ... RM1170 untuk SEMBILAN kepala. Tuan rumah, tahniah sebab berjaya memenangi RM1170 setiap bulan. HUH! Kang nak kahwin dengan tuan rumah sewa lah, duit masuk tanpa perlu kerja. Senangnya hidup ... yang penting ada duit untuk beli rumah. :D

p.s. Kami dikekelingi JEJAKA-JEJAKA bujang di kanan dan kiri rumah. *gatal

Bila Si Gadis Yang Gelabah Bersama Si Jejaka Yang Tenang

Gelabah + Tenang = Perfect.
Saling melengkapi, kan?
Saling melengkapi ... mendalamnya maksud.
Apa tujuan kita bercinta?
Bagi saya ... tujuannya adalah untuk melengkapi hidup kita ...

LIKE US, MAYBE!
AYAM seorang yang tenang ... even saya tengah marah dia pun ... dia macam NO FEELING!
That's why lah dia cakap saya gelabah ... asyik nak marah dia.

Contohnya ...
Saya kata, "JANGAN GELAK TIME SAYA CAKAP LAH, SAYA BUKAN BUAT LAWAK. BE SERIOUS, PLEASE"...

Dia kata, "OKAY OKAY, TAK GELAK. MEMANGLAH AWAK TAK BUAT LAWAK, TAPI AWAK YANG LAWAK"... Dan dia still lagi gelak.

Saya kata, "KAN ORANG DAH CAKAP JANGAN GELAK!"...

Dia kata, "AISH, JANGANLAH NAK MARAH-MARAH. DAH LAH MALAM, ORANG LAIN NAK TIDUR. XYAH LAH NAK JERIT-JERIT"...

Dia tak marah pun bila saya marah dia ...
Cuma sesekali akan jadi tegas terutama bila ...

Contohnya ...
Saya kata, "ESOK SAYA ADA EXAM"... dia kata, "WHAT? EXAM?"...

Saya kata, "YES!"... dia kata, "ESOK ADA EXAM?"... dan dia ulang beberapa kali ... itu tandanya dia nak marah saya ... dan bermulalah episod MEMBEBEL ... HAHA!

Dia kata, "ESOK ADA EXAM TAPI AWAK BOLEH MAIN-MAIN dan BLA BLA BLA BLA.... PUKUL BERAPA EXAM?"...

Saya kata, "PUKUL 9"... dia kata, "PUKUL 9? PERGI TIDUR SEKARANG."...

Nampak, tak? Itu adalah arahan dari si jejaka.
Sebab ... at that time, already 2:30 a.m. HAHA!
Even dia dah nak tidur pun, dia sempat lagi mem-BEBEL macam mak nenek.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
adakah kami saling melengkapi? WALLAHUALAM. :D
Sesungguhnya jodoh itu di tangan Tuhan.

Someone had posted something on facebook , it sounds like ... "Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia dengannya tanpa penyesalan? Jika demikian, itulah CINTA"... It sounds nice ... it shows the meaning of being loyal. Tak kisah lah berapa lama pun hubungan itu, yang penting kena ada 3 perkara. SETIA, JUJUR dan PERCAYA. INSYAALLAH, kekal ke akhir hayat. Dan saya percaya dengan 3 perkara itu.

p.s. BF/GF yang baik ialah seseorang yang mampu menjadi KAWAN BAIK kita. :D

Awak CERDIK? Apa Buktinya?


Otak KANAN dan otak KIRI. Siapa lebih CERDIK? Siapa lebih PANDAI? CERDIK? PANDAI? KURANG CERDIK? KURANG PANDAI? Bila asyik melayan FACEBOOK.COM, aku mula berfikir. ISLAM ITU INDAH bila kita betol-betol menghayatinya. Allah SWT kurniakan OTAK untuk berfikir, bezakan mana yang baik dan yang buruk. Nah, di situ boleh nampak ke-PANDAIAN-nya! Tak guna lah kalau awak berjaya di dunia tapi di akhirat awak gagal. Ke-PANDAI-an awak hilang di mata saya. MAAF.

Sabda Rasulullah SAW :

"Orang yang paling CERDIK ialah orang yang sentiasa mengingati MATI." (Riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Abidunya)

Kenapa begini? Sebab ... macam yang kita sedia maklum, hidup di DUNIA hanyalah SEMENTARA. Saya tekankan sekali lagi, SEMENTARA! Sebagai orang Islam, itu adalah benda wajib yang kita kena tahu. Alam lain bakal kita tempuhi ... dan kalau lah, awak seorang yang cerdik pandai ... kalau lah, awak seorang yang mempunyai otak ... CUBA FIKIR ... masa di dunia, awak ada bekalan. Untuk makan, ada makanan ... untuk belajar, ada ilmu ... Untuk tidur, ada rumah ... untuk berpakaian, ada pakaian ... Itu kalau di DUNIA ... macam mana dengan akhirat? Mestilah perlukan BEKALAN sama macam kita perlukan bekalan di dunia.

Apakah bekalan itu?
Bekalan itu ialah AMALAN kita di DUNIA.

Amalan pertama, SEDEKAH. Atau lebih mendalam lagi, membelanjakan harta pada jalan Allah SWT. Dan yang paling penting ialah IKHLAS. Tak perlu nak menunjuk sangat lah sebab harta yang awak dapat, datang dari siapa kalau bukan dari Allah SWT. Kalau Dia nak tarik kekayaan & kesenangan yang Dia bagi, sekelip mata Dia boleh buat. Ingatlah, KUN FAYAKUN.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Amalan kedua, MENIMBA ILMU. Dalam Islam, ILMU agak lah di-PENTING-kan. Nak bukti? Daripada Abu Darda' r.a berkata : Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda :

"Barangsiapa yang menjalani 1 jalan ilmu bererti ia telah menjalani satu jalan daripada jalan-jalan SYURGA. Sesungguhnya para malaikat menghamparkan sayapnya kerana redha bagi orang yang menuntut ilmu. Dan sesungguhnya orang yang ada di seluruh lapisan langit dan bumi meminta ampun bagi orang yang alim sehingga ikan yang ada di laut. Dan sesungguhnya kelebihan orang yang alim atas orang yang abid seperti kelebihan bulan punama atas sekalian bintang-bintang. Dan sesungguhnya ulama' itu pewaris Nabi-nabi. Dan para nabi itu sebenarnya tidak mewariskan dinar (wang emas) dan dirham (wang perak) tetapi yang diwariskan oleh mereka ialah ilmu. Maka barangsiapa mengambil ilmu bererti ia telah mengambil habuan yang paling sempurna."

SEE! Boleh nampak tak kepentingan ILMU di situ? Tak kisah lah ilmu apa, asalkan ilmu yang ber-MANFAAT. So, tak semestinya ilmu dunia ... sebab tak semestinya kalau kita berjaya di dunia, kita akan berjaya di akhirat. RIGHT? That's why lah saya pernah PAKSA adik saya masuk SEKOLAH PONDOK. Sebab dia lemah sikit bab belajar ... jadi apa salahnya kalau dia dalami ilmu agama, kan? Kot kot lah jadi USTAZAH. Sejuk perut ummi. :D Tapi dia macam tak berminat ... dia lagi minat kemahiran. So takkan nak paksa lebih-lebih, even parents aku pun tak paksa. Kang kalau paksa-paksa sangat, jadi lain lak. Just accept her decision, and respect it.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Amalan ketiga, DOA ANAK SOLEH/SOLEHAH. So ... kita boleh nampak di sini peranan kita sebagai parents. PARENTS? Errr, okay. HAHA! Didikan agama yang secukupnya perlu diberikan kepada ANAK-ANAK. For me, mempunyai ANAK yang SOLEH/SOLEHAH ialah harta yang paling bernilai. And i hope i can be like that, INSYAALLAH.

Jadi ..... dengan otak yang ada, gunakanlah dengan sebaik mungkin. Manfaatkanlah ia ke arah jalan yang benar. Itulah ORANG YANG PANDAI. Itulah ORANG YANG CERDIK. Tika menuntut ilmu ... selitkan sekali dengan ajaran agama Islam. Kerana tanpa bimbingan agama, SESAT. Inilah kelebihan ISLAM. :D

p.s. Tuntulah ilmu sampai ke negara China. SILA FAHAMI MAKSUD TERSIRAT.

Mereka SWEET dan Saya JEALOUS


SCHA + AWAL = SCHAWAL
Just one word can describe them, and the word is SWEET.
And now, I'M JEALOUS WITH BOTH OF YOU.
I'm sorry.


AGAIN. See! SWEET, right?
I love their smile, it shows how much their love.
Harap-harap their relationship akan kekal ke jinjang pelamin.
Sebab macam yang sedia maklum lah, mereka akan BERKAHWIN.
Dan moga BAHAGIA hingga ke akhir hayat.
AMIN YA RABBAL 'ALAMIN.


Actually dari dulu lagi saya tunggu, 'siapalah yang akan jadi teman hidup AWAL ASHAARI' and now, insyaAllah ... the person is SCHA AL-YAHYA.
Whoever she is or whoever he is, hope they will be happy together.
FOREVER AND EVER!
Kalian, cepat-cepatlah kahwin. HAHA!
You looks so sweet together. :D and I LOVE IT!
Siapa sokong mereka SWEET, sila like page SCHAWAL di Facebook.

p.s. Mereka sweet, kan? HEHE!

Nice To Know Him

GOOD EVENING
Long time no see, right?
HAHA!
Nothing to say and nothing to talk.
But now, I want to talk talk talk and talk.

This is my friend. HAZEEQ!
Nice to know him. Already 1 year, MAYBE.
Or 2 years. Tak ingat mana lah.
HAHA! Maaf, kawan.
And that is my first time i make a video call with him.

And now, I HAVE A GOOD NEWS TO SHARE WITH EVERYONE.
He gonna come to UiTM JENGKA.
HAHA!
I hope so because sometimes his mood will CHANGE. huh!
Asyik bertukar tempat study lah manusia di atas.
SENGAL gila, right???
Saya harap saya akan jumpa dia untuk NEXT SEM.
Saya akan jadi SENIOR dan dia akan jadi JUNIOR.

Berminat???
Sila isi borang dulu, ye.
HAHA!

p.s. He is a good friend, good bestfriend ... forever and ever! I hope so ... ^_^

Saya Dilahirkan

Saya telah disambut girang oleh kedua ibu bapa saya pada ...
16 RABIUL AWAL 1413.

Acteli, saya tak pernah tahu tarikh lahir saya dalam bulan Islam ...
sepanjang saya hidup di muka bumi ini.
Soalan itu pernah diajukan kepada kedua ibu bapa saya, tapi ...
dorang cakap dorang tak ingat.
And now, I KNOW IT.
Do you know what I feel now?
Saya rasa BAHAGIA, TERHARU, BANGGA ... dan macam-macam lagi.
Oh, no! I wanna crying now.
Wanna know why?
Sebabnya adalah kerana ...
Nabi Muhammad S.A.W. dilahirkan pada 12 RABIUL AWAL and tarikh itu ... hampir dengan tarikh lahir ku. I'm happy when I knew it!