Saya Bahagia Bila Bersama Mereka

KAWAN SELAMANYA.

Inilah RUMAH SEWA kami. Yang di atas adalah sebahagian dari ahli rumah. Tinggal di sini seramai 9 orang ... mana 3 orang lagi? 1 orang = saya, 1 orang = tak sempat nak masuk sebab tak sedar orang tengah bergambar dan 1 0rang = balik rumah ...

KOSONG? Buat masa sekarang, yeah ... tapi untuk 2 bulan lagi, TAK! Kami akan daftar masuk rumah mungkin 3 hari awal dari tarikh daftar masuk U. Sebab kami EXCITED nak buat preparation di rumah baru. HAHA! Semangat 1 rumah ... itu penting.

Nama? Nak tahu? Hmmm ... OKAY OKAY OKAY, saya kasi tahu. Bermula dari kiri kamu ... SYAH, IDA, NABILAH, FAZLIN, JAMILAH DAN CHE MIRA. Yang lagi 2 orang, nama ... SHAFIRA & SYIFA. Berminat? Hmmm, semua dah berpunya lah. Kepunyaan PARENTS mereka. HAHA!

Berapa sewa rumah? Kalau saya kasi tahu ... please lah buat muka TERKEJUT. RM130 untuk satu kepala ... RM1170 untuk SEMBILAN kepala. Tuan rumah, tahniah sebab berjaya memenangi RM1170 setiap bulan. HUH! Kang nak kahwin dengan tuan rumah sewa lah, duit masuk tanpa perlu kerja. Senangnya hidup ... yang penting ada duit untuk beli rumah. :D

p.s. Kami dikekelingi JEJAKA-JEJAKA bujang di kanan dan kiri rumah. *gatal

0 orang doakan FATIN MIRA jadi ENGINEER: