Apabila Si Dia Jauh Di Mata Tapi Dekat Di Hati

SWEET picture, right?
This is my wallpaper phone right now, i made it by myself.
Mr. AYAM and me.

BERJAUHAN. Pada pendapat saya, ini adalah perkara biasa bagi kita sebagai manusia. Yelah, takkan lah nak berkepit 24 jam, kan? Adoi, rimas lah. Dah lah berjauhan, busy pulak. Hmmm, memang merana lah. Okay, takpe takpe. Jalan penyelesaian ada di hadapan. Hari ini saya akan berkongsi tips untuk ... hilangkan rasa rindu pada SI DIA bila berjauhan :-

1. C.A.L.L.

Lah, kalau rindu, call lah si dia. Apa yang susah? Just tell him/her that u miss him/her. Then, end call. FINISH! Tapi kalau jadi macam ini ... 'Asyik saya yang call dia, dia tak call saya pun' ... Okay, just break up! HAHA! :D Buat apa nak rindu orang yang tak rindu kita, kan?

2. T.E.X.T.

Dah lama tak contact? Okay, jom text. Bukan nak text 24 jam, cukuplah sekadar 2 3 kali berbalas message. Kan? Untuk hilangkan rindu ... :D tak luak pun kredit ... sebab kita kan dah 8pax or activ10 number si dia. Last sekali, cakaplah 'SAYA RINDU AWAK'. Terubat lah rasa rindu itu, biarlah sikit pun.

3. Baca message si dia yang lepas-lepas

Inilah gunanya message dalam phone yang tak di-DELETE. HAHA! Time bosan, baca. Time rindu, baca. Tak dapat tuan punya message pun takpe, cukuplah hanya sekadar message. :D Dan mesti korang akan senyum sorang-sorang macam kerang yang busuk lagi hanyir. HAHA!

4. Tengok GAMBAR si dia

Bak kata orang lah, tak dapat tengok tuan punya badan, tengok gambar pun jadilah. Tapi jangan lah asyik sangat, kang orang dalam gambar kenyit mata, terkejut mengalahkan beruk korang. HAHA! Terus kena heart attack. Sambil tengok, mulut korang pun akan berbunyi :-

Bagi si lelaki : "Comel lah pulak aku tengok awek aku, hmmm ... "

Bagi si gadis : "Eh, lama-lama tengok, nampak hensem lah pulak pakwe aku ... "

5. Tengok wall FB si dia

Even si dia tak online pun, korang tetap jadi stalker yang setia. Kalau boleh, nak baca setiap post yang ada dari sekarang sampai hari first si dia join facebook. Yelah, nak stalk siapa lagi kalau bukan stalk orang yang kita sayang, kan? HAHA! Tapi kadang-kadang ... ini boleh akan memanaskan hati kita bila kawan si dia menge-POST something yang boleh buat kita rasa panas hati. Adoi, lain pulak jadinya.

p.s. Ini adalah berdasarkan pengalaman saya, HAHA! Dan saya yakin, korang pun sama. :D

3 orang doakan FATIN MIRA jadi ENGINEER:

msredcheesecake said...

msred kalau berjauhan call je, paling senang...

alam kenal yea...

mEre HuMan Like Me said...

tp, kalo org yg kite rindu tuh bukan nyew sape2 camne ?
haaaaa ~ nnti dye kate kite nih stalker plak ! agaga

Fatin Mira said...

Hmmm, a'ah. calling him/her is the best way. tapi kadang-kadang bila berlaku situasi yang x mengizinkan macam kehabisan kredit, so kita guna lah alternatif lain, kan? (^_^)

Alllaaa, yang g rindu orang lain buat ape? Kan dah cakap, kalau rindu si dia ... si dia ialah someone special lah. :P