Ku Dipinang Dengan Bismillah


Pada suatu hari, aku menerima panggilan dari ummi. Ummi meminta ku pulang ke rumah pada hujung minggu ini. Katanya, ada sesuatu yang ingin dibincangkan. Tanpa banyak soal, aku terus ke bandar untuk membeli tiket pulang ke rumah. Yeah, macam biasa lah. Tiket ke DUNGUN, RM24.00 pada pukul 8.30 malam.

Kini tiba hari yang dinanti, masa untuk pulang ke rumah. Aku pulang seorang diri menaiki bas tanpa kawan-kawan di sisi. Otak ini sibuk memikirkan tentang kata-kata ummi tempoh hari hinggalah membuatkan aku tertidur. Tanpa ku sedari ... 4 jam kemudian, sampailah ku ke KERTEH. Wah, rindunya rumah! Abah menjemputku di bus stop seperti biasa. Disebabkan rasa letih dan penat, aku terlupa untuk bertanyakan tentang kenapa aku diminta pulang ke rumah.

Pada keesokan hari, seperti biasa aku akan menolong kedua ibu-bapaku di kedai. Setelah semua makanan telah habis dijual, masa untuk kami me-LEPAK telah tiba. Tiba-tiba :

UMMI : Along, ada orang datang masuk meminang.

ALONG : Yeke, ummi? Wah, angah dah nak kahwin.

ANGAH : Apa awak merepek ni?

ALONG : Lah, betol lah.

UMMI : Orang datang masuk meminang awak lah, along. Bukan angah.

ALONG : Apa? Tapi along kan tengah belajar.

UMMI : Ye, ummi tahu. That's why lah ummi suruh balik. Nak bincang.

ALONG : Siapa, ummi?

UMMI : Orang lah.

ALONG : Tapi siapa?

"Along, BANGUN!!!" .. suara adik saya mengejutkan saya dari tidur. Haduiiiii, kacau betol lah. Orang tengah mimpi nak kahwin, dia datang kejut pulak. HAHA!

0 orang doakan FATIN MIRA jadi ENGINEER: