Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Mak Tak Setuju Dengan Pilihan Awak!


Since anak-anak dah besar, dah pandai dah dia bercinta.

Since anak-anak dah bercinta, dah pandai dah dia tunjuk kekasih hati dekat parents.

Since anak-anak dah tunjuk dekat parents, dah pandai dah dia fikir pasal kahwin.

Tapi macam mana kalau tiba-tiba .....

MAK : Mak tak berkenan dengan pilihan kamu. Dengan kerja dia pun belum tentu dapat tanggung awak, ada hati nak jadi menantu mak.

MAK : Pilihan dari ceruk mana yang kamu cari? Tak sedap langsung mata memandang. Dengan pakaian yang selekeh, sekurang-kurangnya carilah yang pakai kemeja. Kalau boleh yang siap bertali leher lagi. Faham?

MAK : Itu kamu cakap kekasih kamu? Huh, kalau mak lah, tak hingin. Ayah kamu dulu datang jumpa nenek dengan atuk bukan main lagi bawa makanan lah, itu lah, ini lah. Pastu bukan main hormat lagi dekat nenek dengan atuk tapi kekasih kamu? Hmmm, haram.

MAK : Hari itu cakap dekat mak bukan main lagi, handsome lah, itu lah, ini lah. Huh, last-last ... handsome apa kalau takat macam itu? Dengan bau rokok lagi. Ish, tak suka lah mak.

MAK : Haduiii, perempuan mana pulak kamu bawa jumpa mak. Dah lah tak pandai masak, pastu mak suruh basuh pinggan pun macam nak tak nak. Nampak sangat pemalas. Tak hingin mak nak buat jadi menantu.

MAK : Hmmm, buah hati kamu tak pandai-pandai nak solat ke? Dah nak habis waktu dah.

*lah, aku yang nak kahwin ke, mak aku yang nak kahwin?

Itulah IBU. Sayangnya dia sampai semua bende dia nak tetapkan. Jadi carilah yang menepati ciri-ciri yang MAK AWAK nak, bukan hanya setakat cari yang awak nak. Ingatlah, restu ibu bapa membawa kebahagiaan. Ngeee. :D

0 orang doakan FATIN MIRA jadi ENGINEER: