Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Setiap Yang Hidup Pasti Akan Merasai Mati

Bunga yang bakal MATI

Cuba tengok pokok-pokok di sekeliling awak ... berapa lama jangka hayat mereka? Dan berapa lama jangka hayat kita? Hmmm, wallahualam. Tak mampu nak bagi jawapan. Beberapa hari lepas, ayah saya ada pegang satu borang. Tak berapa nak faham apa fungsi borang tersebut tapi ia memang berkait dengan KEMATIAN. Tiba-tiba tergerak hati nak cakap :-

SAYA : Ummi, abah, kalau along mati, along nak ummi dengan abah tanam mayat along dekat sebelah kubur tok ki belah ummi. Boleh, tak?

PARENTS : Hmmm, kan dah penuh.

SAYA : Alaaa. Kalau dah penuh, tanam lah mayat along dekat sebelah tok ki belah abah. Boleh, kan?

PARENTS : ..... *diam seribu bahasa

Kebanyakan orang kurang suka bila saya bercakap pasal mati, walaupun mengingat kematian itu adalah satu perkara yang wajib kita buat. In pendapat saya. OKAY? Yelah, siapa yang nak orang yang dia sayang mati, kan? Semalam, saya ada cakap dengan sorang kawan saya ... dia marah. Dia cakap, "Jangan cakap macam ni, boleh?" Hmmm, saya bukan mendoakan kematian saya cuma saya takut. Lebih-lebih lagi bila saya ada baca tentang :-

Sebuah hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini tujuh puluh kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail : Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah SWT untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak-ketawa."

1 hari = 24 jam ... 24 jam = 1440 minit ... kiranya dalam masa 1 hari, setiap 20 minit, malaikat Izrail akan memerhati wajah kita. SETIAP 20 MINIT ... cuba bayangkan.

Rasulullah SAW pernah ditanya : "Siapakah orang yang beriman yang lebih bijak? Jawab baginda : Mereka yang lebih banyak mengingati mati dan lebih banyak persediaannya kepada perkara selepas mati, mereka itulah yang lebih bijak." (Hadis riwayat ibn Majah daripada Ibnu Umar r.a.)

Firman Allah SWT yang bermaksud : "Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datangnya ajal mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat pula mempercepatkannya." (Surah al-A'raf ayat 34)

If i getting close to my death, let me :-

1. APOLOGIZE TO ---> MY PARENTS, MY FAMILY, MY RELATIVES, MY FRIENDS, MY TEACHERS, MY LECTURERS, AND ALL HUMANS.

2. TELL THEM THAT I LOVE THEM ---> MY PARENTS, MY FAMILY, MY RELATIVES, MY FRIENDS, MY TEACHERS, MY LECTURERS, AND ALL HUMANS.

That's all, thank you for reading.

p.s. Ummi, abah, along sayang ummi dengan abah. :D

6 orang doakan FATIN MIRA jadi ENGINEER:

Unknown said...

lepak sini kejak..ade air milo tak..haus lah hehehe

Fatin Mira said...

air milo? wah, my favourite. :D hmmm, konfem konfem lah ade. ADE UNTUK SAYA.

atiqa aris said...

hehe kdg2 suke gak ckp camtu kat ibu sy.huu

Unknown said...

daripada Allah kita datang, kepada Allah kita kembali.

Kakzakie Purvit said...

Bukan kita saja yg akan mati tapi setiap yg hidup/bernyawa itu pasti mati. Janji Allah itu benar...

Fatin Mira said...

Atiqa : kita same, HEHE! :D bukan ape, persediaan, kan?

Man : ye, itu sudah tentu.

Kakzakie : ye, janji Allah SWT itu sentiase benar.