Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Mukabuku Mampu Melatih Diri Kita Menjadi Seorang Ibu

MUKABUKU melatih saya menjadi seorang MUMMY.

Hmmm, umur pun dah SEMBILAN BELAS tahun. Mungkin naluri keibuan semakin meng-HADIR-kan diri ke dalam diri ini. HAHA! Naluri keibuan? Opsss ... dah ada dah sikit-sikit? Statement yang agak NGEK. :D Orang cakap, bukan saya cakap .. bila seseorang PEREMPUAN itu menjadi IBU, dia akan lebih-lebih lagi menghargai IBU-nya. Betol-betol buat saya tak sabar nak jadi seorang ibu .. tapi calon? Hmmm, menanti jodoh terbaik dari Allah SWT. Tapi saya pelik bila .. yelah, sanggup seorang ibu mengelar anaknya .. sanggup seorang ibu buang anaknya dalam tong sampah, dalam longkang .. Mana sayang awak pada anak awak? Mungkin awak terpaksa .. tapi janganlah buang, awak boleh letak dekat surau ke, dekat rumah anak yatim ke, depan rumah orang ke .. Dah dah, back to the topic. Beberapa hari lepas, saya ada baca 1 artikel dalam MUKABUKU .. then saya rujuk SCRIBD. Ia berbunyi :-

- Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.

- Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

- Wanita yang hamil dapat pahala puasa di siang hari & pahala ibadat di malam hari.

- Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT.

- Wanita yang bersalin dapat pahala 70 tahun solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah SWT bagi satu pahala haji.

- Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

- Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin, ia dikira sebagai mati syahid.

- Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.

- Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya yang menangis maka Allah SWT beri satu tahun pahala solat & puasa.

- Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 tahun setengah, maka malaikat di langit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

- Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

- Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan oleh Allah SWT akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah SWT beri 12 tahun pahala ibadat.

Nak berkenalan dengan anak saya?
Ini HUMAIRA, anak perempuan saya.

p.s. Ummi, tak kira lah sama ada along dah jadi ibu ke belum .. ALONG SAYANG UMMI SANGAT-SANGAT. Terima kasih sebab lahirkan along. :D *wink wink

3 orang doakan FATIN MIRA jadi ENGINEER:

Azzah said...

saya bakal ummi..

Anonymous said...

alallaa.

dr fb pun boleh jd mummy! hii

comell. dah seda dah tuu?

Fatin Mira said...

Azzah : Congrats. :D boy ke girl? dah berapa bulan? *wink

Ayu : HAHA! dunia dah maju, dgn FB pun boleh jd mummy. get prepare to be a MOMMY and WIFE. *wink