Jangan Diusik Permata Itu


Assalamualaikum W.B.T. rakan-rakan pembaca sekalian,

Awak tahu kan yang saya seorang PEREMPUAN? Tapi saya bukanlah perempuan yang sempurna, bukanlah perempuan yang bertudung labuh, dan bukanlah perempuan yang diidamkan lelaki soleh. Saya hanyalah saya. Seorang perempuan yang beragama Islam dan sedang berusaha untuk melakukan perubahan ke arah kebaikan.


Sememangnya lumrah manusia, inginkan yang sempurna untuk menjadi pasangan hidup. Nak yang baik-baik, tak kisah lah lelaki ke perempuan. Tipu lah kalau tak, kan? Ha, jangan ingat saya nak cerita pasal jodoh, pasal cinta, pasal kahwin. Dah dah, tak nak dah cerita-cerita bab-bab yang macam saya sebutkan tadi. Tapi ada sedikit berkait lah, tapi ada kelainan sikit. Nak tahu apa yang lain? Jom sambung baca.

Post saya kali ini saya lebih tujukan kepada KAUM LELAKI. Jadi, kepada lelaki di luar sana, sila gunakan mata hati awak untuk faham apa yang saya cuba nak sampaikan. BOLEH?


Boleh nampak tak gambar perempuan yang dekat atas? Jelas, kan? Ini ciri perempuan idaman awak untuk dijadikan isteri, kan? Perempuan yang menutup aurat ibarat seperti sebiji gula-gula yang belum dibuka bungkusannya. Jadi, jangan awak usik dia sebelum masanya. Kalau dia yang awak pohon, jangan luahkan pada dia. Sebab sekali awak tersilap langkah, dia dah tak jadi macam sebelum kenal awak. Pohonlah hati dia pada Allah SWT.

Nak tahu kenapa saya buat pesanan macam ini? Sebab kebelakangan ini saya nampak segelintir perempuan yang bertudung labuh dah mula ber-couple. Saya bukan nak marah, tapi bila dah berpegangan tangan, sentuh-sentuh dengan bukan muhrim, nampak tak elok. Orang cakap, pakaian melambangkan pemakainya. Memang manusia tak sempurna, tapi bila awak bawa imej bertudung labuh, orang akan kerap perhatikan awak sebab orang lain rasa kagum dengan imej awak. Tapi bila awak ber-couple, sentuh-sentuh dengan bukan muhrim, orang dah mula perlekehkan awak. Kadang-kadang, orang akan turut perlekehkan perempuan bertudung labuh yang lain walaupun mereka tak buat macam awak buat. Inilah orang cakap, sebab nila setitik, habis rosak susu sebelanga.

Jadi, pengajarannya dekat sini, LELAKI dekat luar sana, jangan usik, jangan rosakkan, dan jangan dekati permata-permata ini sebab hati permata-permata ini rapuh, lembut dan mudah layu. Andai ingin berkawan, buat cara berkawan. Ada beza antara kawan biasa dan kawan luar biasa. Islam itu mudah, tapi kita yang buat dia nampak macam susah. Apa yang Allah SWT tetapkan ada hikmah yang tersembunyi. Renung-renungkan dan selamat beramal. :)

p.s. Mohon seribu kemaafan andai terkasar bahasa, tersilap bicara dan terguris hati.

4 orang doakan FATIN MIRA jadi ENGINEER:

ADIE said...

sure thing.
and ameeen for u to be an Engineer haha. inshaallah.

najihahfara said...

kadang2 bukan salah lelaki 100%. kita sebagai perempuan sepatutnya pandai jaga diri & maruah :)

Fatin Mira said...

@ADIE thanks for reading and thanks for the prayer. :)

Fatin Mira said...

@najihahfara haah, memang pun. bukan salah lelaki 100%. sbb kalaulah iman seseorang perempuan itu kuat, dtg lah lelaki yg mcm mana pun, dia tetap jaga akidah dia. tapi kalau lelaki x usik, akidah dia mungkin lebih terjaga. wallahualam. apa-apa pun, kita cuba berubah membaiki kelemahan diri. :) btw, thanks for reading.