Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Alkisah Mandi Malam


Pada suatu malam, ada seorang gadis keluar dari biliknya sambil membawa sehelai kain batik + tuala. Wah, kain batik .. macam perempuan melayu terakhir lah. HAHA! Tiba-tiba, ada satu suara menegur .. mana suara itu? Mari ikuti perbualan di sini :-

UMMI : Ha, malam-malam mandi. Malam-malam mandi. Apa nak jadi? Awal-awal tak nak mandi, bila dah tengah malam baru nak mandi. *dengan nada sedikit tinggi

SAYA : Opsss, mana ada orang nak mandi, ummi. Along nak pergi dapur lah.

UMMI : Buat apa bawa kain batik kalau nak pergi dapur?

SAYA : Hmmm, nak masuk toilet lah. HEHE! *senyum-senyum

UMMI : Hmmmmm. *sambil memandang ke arah anak gadisnya

SEE! My mummy memang garang lah. Yelah, MARAH kan tanda SAYANG. Wah wah wah, siapalah tak sayang anak, KAN? Memang dari dulu-dulu lagi dah saya suka mandi malam. Nak tahu kenapa?

- Saya suka sejuk

- Boleh buat rasa mengantuk + lepas mandi terus tidur

- Segarkan otak + membantu membekukan otak

- Boleh hilangkan stress

- Tenang + tiada masalah perebutan bilik mandi

Tapi, rupa-rupanya mandi malam mengundang PENYAKIT. Kalau rasa tak nak hidup lama, silakanlah. Nak tahu penyakit apa? Penyakit .. paru-paru berair. Buktinya, arwah atuk saya seorang yang suka mandi malam sebab beliau mandi lepas balik kerja. Dan kerana kerja beliau habis pada waktu malam, so beliau mandi malam lah .. dan beliau menghidap penyakit PARU-PARU BERAIR. That's why lah nenek saya selalu cakap, "MANDI MALAM-MALAM BAHAYA, janganlah mandi malam" .. tapi yelah, bak kata orang .. masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Bukan degil tapi dah jadi tabiat. KAN? Okay lah, nanti slow-slow lah saya kurangkan mandi malam. HEHE!

p.s. Senang-senang mandi sekali sehari, jimat air. HAHA! :D

Fadhilat Puasa Arafah


Musim haji dah pun tiba .. agak-agak bilalah giliran saya untuk ke sana. InsyaAllah, akan datang. KAN? Sekarang masa untuk kumpul duit banyak-banyak, nanti boleh bawa FAMILY pergi buat umrah sama-sama. Then, buat haji. Dan impian untuk menatap KAABAH akan tercapai. ^_^

Hari ini hari SABTU, 5 November 2011 bersamaan dengan 9 Zulhijjah 1432. Pada hari ini, para jemaah haji akan wukuf di padang arafah. Wukuf bererti berhenti atau berdiam diri dan merupakan salah satu rukun haji di mana jika dia tak wukuf, haji dia TAK SAH. Faham? Wukuf dilakukan pada hari ini dari Zohor sampai lah matahari terbenam. Wukuf ini macam simbol kepada berkumpulnya kita di PADANG MAHSYAR kelak. Iaitu saat di mana kita akan dihisab.

Okay, itu khas untuk golongan jemaah haji .. macam mana dengan yang tak berkesempatan mengerjakan haji? Allah SWT itu Maha Pemurah, buktinya kita disunatkan atau bagi saya lah, digalakkan untuk berpuasa pada hari ini. Fadhilatnya sangat besar dan telah disebut dalam hadis yang mengatakan :-

Daripada Abi Qatadah r.a. ujarnya, Rasulullah S.A.W. telah ditanya oleh sahabat tentang puasa hari Arafah, sabdanya bermaksud, "IA MENGHAPUSKAN DOSA TAHUN YANG LALU DAN TAHUN-TAHUN AKAN DATANG". (Riwayat Muslim)

Apa-apa pun, fadhilatnya .. ialah dosa akan diampunkan oleh Allah S.W.T. Di sini ingin saya selitkan sedikit perbualan antara seorang ibu dan seorang anak :-

SI IBU : Awak puasa lah hari ini, hari ini hari Arafah. Besar fadhilatnya.

SI ANAK : Alah, malas lah.

SI IBU : Hmmm, awak ingat awak tak ada dosa, ke? Ibu cakap tak nak dengar.

SI ANAK : ........ *diam

Jadi, pada sesiapa yang tak berkesempatan nak berpuasa pada hari ini, moga-moga tahun depan ada lah kesempatan itu, KAN? AMIN. *memang famous lah nama AMIN di sini

p.s. SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA. >.<

Bila Cinta Antara Kita Berakhir


Cinta? Love? Aduyaiii, macam-macam boleh berlaku kerana CINTA. KAN? Tapi ... berlaku persoalan di sini. Iaitu, mana MR. AYAM? Kenapa dah tak sebut pasal dia? Yeah, its hard to tell everyone. Actually, we are over on 16th OCTOBER 2011. Buat masa sekarang, kami hanya ber-KAWAN. No more MR. AYAM. Tapi panggilan MR. AYAM akan kekal untuk dia seorang sahaja sampai bila-bila.

How's your life?
- Hidup saya macam biasa, bangun pagi ... tidur malam ... nothing changed. Sekarang pun dah makin sibuk dengan jadi driver & waiter. Mungkin sebab saya dah biasa kena tinggal dengan dia so tak rasa sangat kehilangan dia. Yelah, dulu dia kan sibuk so tak banyak sangat waktu yang kami spend together.

Apa yang perlu kita buat bila kita dah break:-

- Stop stalk his facebook/twitter/skype sebab kadang-kadang itu akan meng-HURT-kan hati bila si dia sibuk ber-wall post dengan perempuan lain.

- Stop call/text him.

- Stop looking at his picture.

- Cari pengganti. *i love to be the kejam one

- Cuba sibukkan diri. *jadi waiter, driver & facebooker

- Banyakkan main game. *addict game FACEBOOK

- Kutuk-kutuk dia. *sorry, MR. AYAM

- Listkan keburukan dan kelebihan dia. *pastikan keburukan lebih banyak dari kelebihan

How's your relationship with him now?
- Alhamdulillah, hubungan kami baik ... sebagai kawan. Yeah, sebab dia yang baik. Not me! Sometimes, kami ber-CHAT dan menge-LIKE status. Love to know him because he is caring. Dan saya tahu MR. AYAM pun ada singgah sini. So .. saya nak bagitahu dia yang :-

"Awak, awak ada suara yang nice ... yang boleh buat perempuan cair dengan awak sebab saya hampir cair bila dengar suara awak. HAHA! So, gunakanlah bakat yang ada untuk benda yang lebih baik seperti buat duit dengan suara. Dan setiap nasihat yang awak bagi memang berguna untuk saya, buktinya pointer saya untuk this semester meningkat berbanding yang lepas. THANKS, AWAK." *blushing

p.s. Anda yang baru lepas break pun boleh guna tips-tips yang saya guna di atas. HAHA!

Menjadi Mangsa Tag Orang

Marah ke kena tag? HAHA! Tak lah, itu boleh merapatkan SILATURRAHIM, KAN?
By the ways, thanks to THIS HUMAN for the tagging.
Keep in touch. OKAY?

11 THINGS about ME :-

- My name is FATIN AMIRAH BINTI MAT RABI
- Was born on 14th SEPTEMBER 1992
- Was born in HOSPITAL BESAR KUALA TERENGGANU
- The first child of four siblings
- My height is at moderate level
- My weight is at SECRET level
- Was left-handed
- Love to smile and laugh, sometimes i will become PONTIANAK
- Love flat shoes very much
- Do not love shopping because it will spend my money
- Aspire to become rich woman then become a successful human in the world and hereafter

11 question from MISS BISKUT MARRY :-

Pendapat tentang blog saya?
- Not bad means nice but ... can you remove the pink left and right gadget? Yeah, its nice but sometimes it will disturb your reader. Sorry.

Anda masih belajar or dah bekerja?
- Still continuing my study.

Anda masih single or dah berpunya?
- HAHA! Already taken by MY FAMILY.

Anda berasal dari negeri mana?
- TERENGGANU DARUL IMAN.

Suka/tak suka kucing? Kenapa?
- Wow, love cats because they are so cute. *cute cats only

Salah satu perfume yang anda guna?
- Hmmm, don't know because i'm not the perfume user.

Anda suka lelaki metroseksual tak? Kenapa suka/tak suka?
- Metrosexual? What is that? HAHA! Sorry.

Blogger yang paling anda admire? Kenapa pilih dia?
- Don't know because i'm not the hardworking blogwalker.

Apakah jenama henset anda?
- Sony ericsson + nokia.

Apakah kelemahan anda?
- Hmmm, i think .. bad temper.

That's all for this post. Maybe next time i will tag to the other people, not now because i'm not in the mood. Anyway, thanks for reading.

p.s. AWAK, maaf kerana terlampau jujur. HAHA! >.<