Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

SUAMI ORANG? OH, NO!



ASSALAMUALAIKUM diucap sebagai pembuka bicara,

Tengok gambar pun boleh agak apa yang saya nak cakap, kan? Pernah bercinta dengan suami orang atau isteri orang? "Uish, minta selisih malaikat 44". Inilah yang biasa diungkap bila bercakap tentang hal yang sebegini. Adakah ianya salah? Pada pendapat saya, memang SALAH. Saya tak suka merampas dan saya tak suka dirampas, jadi bagi saya memang sangat-sangat TIDAK PATUT bila berlakunya situasi sebegini. Memang bercinta tak salah, tapi merampas itu salah.

Sebagai seorang perempuan, saya ada prinsip saya yang tersendiri di mana, NAK BERCINTA BOLEH TAPI BUKAN DENGAN SUAMI ORANG. Sebenarnya ... saya ada pengalaman sendiri bila berbicara tentang hal ini. Ia bukanlah satu pengalaman yang manis, dan saya jadikan ia satu pengajaran buat saya sebab saya sendiri tak nak orang rampas milik saya jadi saya takkan rampas milik orang. Dah sekian lama saya cuba untuk tak terperangkap dalam hal yang sebegini tapi malangnya, ia TERJADI.

TIPS UNTUK LEPASKAN DIRI :-

1. Nafikan perasaan kita pada si dia.

Contohnya - "I don't love him anymore. He is not the type of man that i want to marry".

2. Rendah-rendahkan si dia.

Contohnya - "Xpelah xrugi xdpt dia, handsome without brain" atau "Lelaki macam dia bukan untuk dijadikan suami bagi saya, cukuplah sekadar kawan".

3. Cipta macam-macam alasan.

Contohnya - "I won't steal him. I'm 20 and I'm going to marry soon" atau "Messaging and calling doesn't mean that I still love him".

4. Jadi kawan kepada pemilik si dia.

Contohnya - "Be my friend?" tapi malangnya ditolak. HAHA! :D

5. Lembutkan hati pemilik si dia.

Contohnya - "If I know that he already married, I won't contact him now. I'm sorry for what I've done before. I can feel what u felt".

Akhirnya, masalah pun dah selesai. Siap boleh borak panjang lagi. HAHA! Yang penting, kena ada MULUT yang COMEL. Senang nak ambil hati orang. :D Fuhhh, lega lega. Kepada sesiapa yang ada masalah sebegini, cubalah praktis. Lepaskan diri cara elok, siap boleh buat teman borak dan siap ajak dia datang kenduri kahwin lagi. Tapi saya tetap rasa bersalah sebab buruk-burukkan dia. Saya cuma tak nak jadi perampas. Hmmm. :)

p.s. BI berterabur tapi tetap nak speaking sebab nak tunjuk diri hebat. Apa punya BURUK perangai. HAHA! :D


Diari Seorang Anak Ketika Cuti Semester


OH, BLOGGING, BLOGGING, BLOGGING! Aduh, kangan sama kamu. Sangat-sangat rindu sebenarnya nak terjah blog orang tapi apakan daya. Tugas seorang anak makin bertambah-tambah sekarang sampaikan kawan-kawan ajak HANG OUT sama-sama pun, terpaksa tolak. "MAAF", hanya itu yang mampu keluar. Nasib baik SINGLE, kalau tak boleh lari BF sebab tiada masa nak layan. Kawan-kawan nak tahu apa saya buat masa SEMESTER BREAK kali ini?

Jadual saya berulang-ulang setiap hari sejak dari buka mata awal pagi sampai tutup mata lewat malam. Bak kata saya dekat UMMI, "ALONG SANGGUP BERKORBAN APA SAJA UNTUK UMMI". Then TOK WAN pun nyanyi, "BERKORBAN APA SAJA, HARTA ATAUPUN NYAWA .... ". HAHA! So saya kena buktikan yang kata-kata saya betul dan tak sia-sia UMMI dan ABAH besarkan saya.

Dari pagi :-

- KEMAS KATIL

- TOLONG PARENTS DEKAT KEDAI MAKAN

- IDAI BAJU DI AMPAIAN

- MEMANCING

- PICK UP ADIK BALIK SEKOLAH

- MASAK

- HANTAR ADIK PERGI KELAS MENGAJI

- PICK UP ADIK BALIK KELAS MENGAJI

- PERGI KEBUN

- BACA NOVEL

- LUANG MASA DENGAN FAMILY

- TIDUR

Boleh teka tak apa yang paling buat saya rasa penat? GUESS IT BY YOURSELF. YEAH, I'M TIRED BUT IT IS FUN. Sebab semua masa saya diperuntukkan untuk KELUARGA SAYA.

Di Saat Hari Pertunanganku

ASSALAMUALAIKUM and GOOD AFTERNOON to all readers,

Dah ber-TUNANG? :)

p.s. Biarlah menjadi persoalan dan tanda tanya.

Bila Dah Sampai Masanya, Saya Redha

ASSALAMUALAIKUM and GOOD AFTERNOON, wahai readers sekalian.

Dah lama tak jenguk BLOG sendiri, busy memanjang dengan TEST untuk 9 SUBJECT. Fuhhh, akhirnya dah habis test tapi nak kena study untuk final exam lah pulakkk. Bukan niat nak main-main dalam blogging, cuma masa tak mengizinkan. Dengan lab report utk 4 SUBJECT, 1 SUBJECT bagi 4 LAB REPORT dalam masa 1 MINGGU. Agak GILA, kan?


Pada suatu hari, ada seorang kawan tanya saya pasal KAHWIN.

KAWAN : Fatin, agak-agak lah kan kalau ikut planning, bila nak kahwin?

SAYA : Entah, tak tahu.

KAWAN : Betol-betollah, mesti ada punya planning nak kahwin bila.

SAYA : Betol, tak tahu bila. Calon bukan ada pun.

KAWAN : Kalau ***, 25 tapi ******* 27.

SEE! My friend pun dah ada planning. Saya pun ada, planning nak kahwin lepas habis DIPLOMA. Tarikh pun dah ada, 14-09-2013. I'm wishing my dream comes true. Hanya tunggu masa lahhh. Yeee, saya sokong nikah khitbah, kahwin awal untuk elak zina. Tapi ramai yang cakap, "TAK BEST LAH, TAK BOLEH NAK ENJOY". Perlu ke ENJOY? UNTUK APA? HANYUT DENGAN HIBURAN DUNIA? Hmmm, pada pendapat saya, banyak yang kita dapat bila kita kahwin. Antaranya :-

1. LEBIH BERTANGGUNGJAWAB - bila kita dah kahwin, kita tak adalah nak buang masa sangat sebab kita ada tanggungjawab. Nak kena masak, nak kena kemas rumah, nak kena basuh baju so kita takkan lah nak main game sampai lewat malam sebab esok pagi nak buat breakfast untuk husband.

2. PANDAI MASAK - bila kita dah kahwin, takkan lah asyik nak suruh husband beli makanan dekat luar atau makan MAGGI, KAN? So, kita akan belajar masak. Cepat atau lambat, kita tetap akan belajar, believe me.

3. BERDIKARI - bila kita dah kahwin, dah tak duduk serumah dengan parents. Bila dah berjauhan, semua kena buat sendiri. Basuh baju, lipat baju, kemas rumah, dan semua lah. Slow-slow kita boleh belajar lepas kahwin sebab bila dah kahwin, kita rasa itu perlu untuk dipelajari dalam membina keluarga.

4. TAK PENTINGKAN DIRI - bila kita dah kahwin, dah tak boleh nak pentingkan diri sendiri. Kalau nak masak, kena masak untuk 2 orang. Bukan untuk 1 orang. Apa yang kita buat, semua kena fikir husband kita.

5. DAPAT PAHALA - bila kita dah kahwin, kalau kita merajuk, then husband kita pujuk ... dapat pahala. Bukan dapat dosa. Kalau ingat, rindu, manja-manja, semua halal. Rumah tangga pun lagi bahagia, tambah dengan pahala yang kita dapat lagi.

Manis kan KAHWIN? :)

p.s. Khas untuk perempuan sahaja.