Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Awak Kawan Yang Macam Mana?


Akhirnya ... dah lebih dari 19 tahun saya hidup. Selama hidup, saya ada ramaaaiiiii kawan. :) Saya happy dapat kenal mereka. Saya jumpa macam-macam jenis kawan. Agak-agak lah kan, awak kategori yang macam mana? Yang orang suka? Or yang orang tak suka? Mungkin orang pun akan fikir yang sebaliknya untuk saya, depends pada awak nak berkawan dengan saya ke tak. Yang pasti saya suka ada ramaiii kawan. Antara jenis kawan yang saya ada :-

1. BANYAK MULUT - bila jumpa kawan yang macam ini, kita kena banyakkan exercise mulut. KAN? kadang-kadang bagus, kadang-kadang tak. sebab boleh tambah DOSA bila bercakap perkara .... *faham-faham lah bila perempuan bertemu

2. SUKA BULI - HAHA! mereka memang kejam. bukan buli teruk sampai luka, cuma buli emosi. nanti bila dah lama tak jumpa, mesti rindu mereka sebab rindu kena BULI. Bukan buli lah, lebih kepada me-NYAKAT.

3. SUKA PINJAM DUIT/BARANG - saya tak kisah kalau pinjamkan duit/barang untuk kawan tapi agak-agak lah kan, bila PINJAM mesti kena BAYAR/BAGI BALIK. kalau tak bayar/bagi balik, hmmm. sendiri mahu ingat, OKAY? no more friendship.

4. IKUT MOOD SENDIRI - bila dia marah, dia buat muka ... then semua orang akan takut tegur dia. bila dia okay, dia akan happy ... then dia akan tegur semua orang. ME? OPSSS. biasalah, perempuan ada time dia tak berapa okay. FAHAM, KAN?

5. SUKA MENGARAH - HUH! please lah, kami bukan kuli awak. ada masa kita boleh nak mengarah orang, tapi bukan setiap masa. even kita ada pangkat yang tinggi dalam 1 society pun, kita tak layak untuk arah-arah orang. kita kena co-operate. :)

6. SUKA BUAT HAL SENDIRI - kalau dah orang tak sudi nak bermesra dengan kita, so biarkan lah. dia perlukan ruang sendiri. mungkin dia tak se-PERAMAH kita. apa-apa pun, jangan bersangka buruk. OKAY? *macam lah peramah sangat

7. NAMPAK PENDIAM, TAPI ... - yang jenis ini, ramai sangat. yelah, bak kata pepatah ... DON'T JUGDE A BOOK BY ITS COVER. KAN? bila dah rapat, baru kita tahu macam mana perangai dia. so rapatkan lah diri dengan orang yang pendiam. mungkin dia tak pendiam punnn. :)

8. SANGGUP BERSUSAH DEMI KAWAN - alahaiiii, sukanya kalau semua kawan saya macam ini. boleh lah suruh dia buat semua assignment. KAN? HAHA! aish, ambil kesempatan nampak. JUST KIDDING. susah nak jumpa kawan yang macam ini sekarang, believe me. :)

9. KEDEKUT ILMU - bagi saya, awak nak kedekut mende lain boleh tapi ilmu jangan lah. kan ada orang cakap, kalau kita kongsi ilmu dengan orang lain, ilmu kita akan bertambah. dan kita akan lagi ingat. so, tak perlulah KEDEKUT ILMU. sebab itu bukan milik kita, ia datang dari Yang Esa.

10. BUAT-BUAT TAHU - saya paling tak suka orang yang buat-buat tahu padahal dia tak tahu. aduhaiiii, perlu ke buat-buat tahu? untuk apa? untuk nampakkan diri awak bijak? come on lah, kawan. katakanlah apa yang awak buat-buat tahu itu salah, then apa awak dapat? MALU, kan? so, tak payah lah. be yourself. be humble lagi baik lah. :)

p.s. as a human, saya pun ada tergolong dalam golongan di atas. awak macam mana?

Saya SUKA Awak!

"Awak, saya suka awak!". Hanya dengan 3 perkataan, macam-macam boleh jadi. Percaya, tak? Antaranya :-

1. Saat yang membahagiakan bila si dia membalas, "saya pun suka awak".


2. Saat yang menyeksakan bila si dia membalas, "maaf, saya hanya anggap awak tak lebih dari kawan biasa".


Sooooo, langkah terbaik ialah hanya memendam rasa. Dan ber-DOA-lah, moga dia jodoh awak.