Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Akan Ada Akhirnya


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera,


Rintihan seorang gadis :-

‘Ya Allah Ya Tuhanku, aku memohon pada-Mu, Ya Allah. Kau tetapkanlah hatiku untuk-Mu. Janganlah Kau pesongkan hatiku setelah Kau tunjukkan aku jalan yang benar. Bantulah aku dalam menempuhi penghijrahan yang baru aku lakukan ini, Ya Allah. Andai benar dia bukan jodohku, Kau buangkanlah perasaan rindu dan sayang kepadanya dari dalam hatiku dan gantilah ia dengan perasaan rindu dan sayang kepada-Mu. Tapi andai benar dia jodohku, Kau percepatkanlah jodoh kami dan tanamkanlah perasaan cinta kerana-Mu di antara kami, Ya Allah. Ya Allah, sesungguhnya hanya Engkau lah Tuhan yang aku sembah. Bantulah hamba-Mu yang lemah ini dalam mendekatkan diri kepada-Mu, moga segala urusanku dipermudahkan oleh-Mu. Amin Ya Rabbal ‘Alamin”.


Sememangnya manusia boleh berubah kalau diberi peluang. Kata-kata ini saya petik dari cerita, ‘Aku Bukan Dayus’. Awak dah pernah tengok? Jalan cerita dia agak menarik bagi saya. Setelah sekian lama tak update blog, kali ini baru ada masa nak update sebab kelas dibatalkan. Walaupun kesihatan sedikit terganggu tapi alhamdulillah, puasa masih lagi penuh. :) Di bulan yang baik bulan Ramadhan yang sentiasa dinanti oleh para muslimin dan muslimat yang beriman ini, ingin saya kongsikan sedikit ilmu yang saya perolehi semasa mengikuti ceramah bertajuk ‘Hakikat Sebuah Cinta’ yang disampaikan oleh Ustazah Fatimah Syarha dan suami tercinta. Jangan salah faham, bercakap tentang cinta tidak bermakna kita gatal nak kahwin atau kita tak sabar nak kahwin tapi ini untuk pengetahuan am, ia masih tergolong sebagai ilmu. Jadi saya nak kongsilah jenis-jenis cinta yang biasa kita dengar supaya kita dapat buat perbezaan yang lebih jelas :-


1. CINTA HAKIKI

Inilah dia cinta sejati iaitu cinta kepada Allah SWT. Ada pepatah arab yang mengatakan, ‘pengadu tak patut mengadu kepada pengadu’. Faham tak apa yang cuba ia sampaikan? Pepatah ini nak pesan dekat kita yang kita tak perlukan manusia untuk dijadikan tempat luahan masalah sebab kita dah ada Allah SWT. Betapa sayangnya dia dekat kita tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata sebab walaupun kita lupa Dia, buang Dia tapi Dia tetap ada untuk kita 24 jam. Betapa setianya dia. Sebab itulah kita kena letakkan Allah SWT no 1 di hati kita.


2. CINTA ISLAMIK

Tahu tak apa itu cinta islamik? Rasanya ramai orang yang salah faham tentang cinta islamik. Cinta islamik tak bermakna kita ajak BF/GF bangun sahur, pergi solat sunat terawih, atau buat tadarus al-Quran tapi cinta islamik dikategorikan untuk lelaki dan perempuan yang suka sama suka tapi saling simpan perasaan sebab ingin menjaga batas-batasnya. Macam mana nak jaga batas? Tidak berhubung di antara satu sama lain, tapi berhubung melalui Allah SWT. Mereka menjaga pergaulan masing-masing dan pada masa yang sama, mereka persiapkan diri dengan ilmu-ilmu perkahwinan. Samada dibolehkan atau tidak, wallahualam.


3. CINTA ALA-ALA ISLAMIK

Ha, rasanya dah boleh faham, kan? Kalau yang satu ini, pusing kiri pusing kanan rasanya dah nampak dah contoh terdekat. Keluar berdua, kononnya nak pergi berbuka sama-sama. Tapi kenapa berdua? Tepuk dada, tanya iman. Niat dah baik, tapi cara yang salah. Pakaian dah tutup aurat tapi balik rumah pukul 1 2 3 pagi keluar dengan BF, apakah itu? Adakah ini cinta islamik? Astaghfirullahalazim. Tak pernah sentuh dan tak pernah disentuh? Ini bukti cinta awak cinta islamik? Wahai perempuan, boleh yakin ke yang si lelaki tak akan sentuh awak sebelum diijab kabul? Sampai bila? Ada jaminan? Wallahualam.


Pembaca yang saya hormati, kita ada akal fikiran yang dikurniakan Tuhan. Kita dah tahu beza mana baik dan mana buruk. Saya bukanlah seorang perempuan yang baik, tapi saya sentiasa berpegang dengan 1 ayat al-Quran surah An-Nur ayat 26 yang ada menyebut, lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik dan perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik. Kalau dah teringin nak dapat yang baik, cermin diri dan ubah diri. Bersama-samalah kita mengangkat martabat Islam di mata dunia. InsyaAllah.


p.s. Selamat berbuka puasa. :)