SUAMI ORANG? OH, NO!



ASSALAMUALAIKUM diucap sebagai pembuka bicara,

Tengok gambar pun boleh agak apa yang saya nak cakap, kan? Pernah bercinta dengan suami orang atau isteri orang? "Uish, minta selisih malaikat 44". Inilah yang biasa diungkap bila bercakap tentang hal yang sebegini. Adakah ianya salah? Pada pendapat saya, memang SALAH. Saya tak suka merampas dan saya tak suka dirampas, jadi bagi saya memang sangat-sangat TIDAK PATUT bila berlakunya situasi sebegini. Memang bercinta tak salah, tapi merampas itu salah.

Sebagai seorang perempuan, saya ada prinsip saya yang tersendiri di mana, NAK BERCINTA BOLEH TAPI BUKAN DENGAN SUAMI ORANG. Sebenarnya ... saya ada pengalaman sendiri bila berbicara tentang hal ini. Ia bukanlah satu pengalaman yang manis, dan saya jadikan ia satu pengajaran buat saya sebab saya sendiri tak nak orang rampas milik saya jadi saya takkan rampas milik orang. Dah sekian lama saya cuba untuk tak terperangkap dalam hal yang sebegini tapi malangnya, ia TERJADI.

TIPS UNTUK LEPASKAN DIRI :-

1. Nafikan perasaan kita pada si dia.

Contohnya - "I don't love him anymore. He is not the type of man that i want to marry".

2. Rendah-rendahkan si dia.

Contohnya - "Xpelah xrugi xdpt dia, handsome without brain" atau "Lelaki macam dia bukan untuk dijadikan suami bagi saya, cukuplah sekadar kawan".

3. Cipta macam-macam alasan.

Contohnya - "I won't steal him. I'm 20 and I'm going to marry soon" atau "Messaging and calling doesn't mean that I still love him".

4. Jadi kawan kepada pemilik si dia.

Contohnya - "Be my friend?" tapi malangnya ditolak. HAHA! :D

5. Lembutkan hati pemilik si dia.

Contohnya - "If I know that he already married, I won't contact him now. I'm sorry for what I've done before. I can feel what u felt".

Akhirnya, masalah pun dah selesai. Siap boleh borak panjang lagi. HAHA! Yang penting, kena ada MULUT yang COMEL. Senang nak ambil hati orang. :D Fuhhh, lega lega. Kepada sesiapa yang ada masalah sebegini, cubalah praktis. Lepaskan diri cara elok, siap boleh buat teman borak dan siap ajak dia datang kenduri kahwin lagi. Tapi saya tetap rasa bersalah sebab buruk-burukkan dia. Saya cuma tak nak jadi perampas. Hmmm. :)

p.s. BI berterabur tapi tetap nak speaking sebab nak tunjuk diri hebat. Apa punya BURUK perangai. HAHA! :D


2 orang doakan FATIN MIRA jadi ENGINEER:

Uwais Al Qarni Bin Mohd Isa said...

Tapi ada jgak orang yg tgglkn bf sbb nak laki orang.pelik tak?

Fatin Mira said...

@Uwais Al Qarni Bin Mohd Isa biasalah. kalau tak ada yang pelik, tak mencabar lah hidup. :) KAN?