Jangan Jadi Perampas, Boleh Tak?


ASSALAMUALAIKUM WBT rakan-rakan pembaca sekalian, 

Dah lama tak update, maaf. Saya di sini sangat-sangat busy even tengah cuti semester pun. Haduiiii. Macam sekarang, kesibukan yang saya alami sampaikan diri saya sendiri saya tak terjaga. Sakit tekak, batuk, demam, kulit menggelupas, lenguh-lenguh badan dan penat. Ingat nak tidur lepas subuh, tapi mata tak ngantuk sebab dah terbiasa tak tidur lepas subuh. So, boleh lah curi sedikit masa untuk updating blog. KAN? 

Hari ini saya nak cakap pasal RAMPASAN KUASA. Eh eh, bukan rampasan kuasa lah. Tapi, RAMPASAN KEKASIH. HAHA! Tengok tajuk laaa, kan? Sejak akhir-akhir ini, perkataan RAMPAS-RAMPAS ini sangat-sangat berkait dengan diri saya. Saya pun tak tahu kenapa. PELIK. Sebab, kenapa saya? Sumpah, saya langsung tak berminat nak merampas BUAH HATI sesiapa. Jadi rasanya tak perlulah  kaitkan dengan diri saya. OKAY?

5 SEBAB KENAPA KITA TAK BOLEH MERAMPAS :-

1. KANG KENA DEKAT KITA BALIK.
- Contohnya lah kan, A dah bercinta dengan B. Tapi tetiba datang lah si C yang suka dekat si A. Then tak lama, si A bercinta lah dengan si C. Nampak tak yang si C perampas cinta si B? Kalau lah si A boleh tinggalkan si B, tak mustahil suatu hari nanti si A pun boleh tinggalkan si C. KAN?

2. KUMBANG BUKAN SEEKOR, BUNGA BUKAN SEKUNTUM.
- Awak, kalau awak rasa hanya dialah satu manusia yang hidup di muka bumi ini, baik awak keluar dari bilik then tengok sekeliling. Ada tak manusia lain? Ada ramai lagi. Kenapa perlu suka pada orang punya sedangkan dekat luar sana ramai lagi. Ingat, kumbang bukan seekor dan bunga bukan sekuntum. FAHAM?

3. JANGAN BIARKAN KEBAHAGIAAN SESAMA JANTINA HANCUR.
- Agak pelik, kan? SESAMA JANTINA? Alaaa, boleh lah. Saya perempuan, dan dia perempuan. Sebagai seorang perempuan, saya tak sanggup nak rampas kebahagiaan perempuan yang lain untuk kebahagiaan saya. Disebabkan dia perempuan dan saya perempuan, saya dapat rasa apa yang dia akan rasa dan saya dapat faham tentang apa yang dia rasa bila kebahagiaan dia hancur musnah. Jadi, kalau bukan kita yang bela nasib jantina kita, siapa lagi, kan? 

4. KENA KONGSI ORANG YANG DISAYANG.
- Memanglah kita saling berkongsi dekat atas muka bumi ini. Sebagai contoh, kita berkongsi kehidupan dengan makhluk-makhluk lain sama ada yang boleh dilihat atau yang tak boleh dilihat. Tapi, tak semua kita boleh kongsi. KAN? Saya percaya, ada orang yang tak suka berkongsi barang, berkongsi perasaan atau lain-lain lagi lah. Bila kita kongsi orang yang disayang, saya tahu hanya mulut yang cakap, "SAYA OKAY". Awak memang penipu. Sebab bila orang yang kita sayang sedang bersama dengan orang yang kita kena kongsi, awak akan rasa sangat kesunyian pada masa itu. So tak payah lah nak merampas sebab memang manusia tak akan pernah sedikit pun tak ada perasaan cemburu, sedih dan apa semua lah. 

5. NAK KURANGKAN DOSA KAUM LELAKI.
- Yeah, memang bukan kita yang tentukan dosa dan pahala. Tapi memang perkara ini berkait. Saya cakap ia berkait sebab perkara ini berlaku di sekeliling saya. Eh eh, tapi bukan family saya. Saya hanya ada seorang ibu dan seorang ayah. Bukan dua ibu atau dua ayah. Cerita dia macam ini, ADIL. Senang tak nak berlaku adil? Ada yang cakap senang, ada yang cakap susah. Hanya ALLAH SWT yang Maha Adil. Macam apa yang berlaku dekat sekeliling, Syawal belikan kereta mewah untuk isteri kedua tapi isteri pertama tak ada kereta pun. Syawal buat rumah banglo untuk isteri kedua tapi hanya rumah biasa-biasa untuk isteri pertama. Dalam situasi sekarang, Syawal lebihkan isteri kedua dari isteri pertama. Ada situasi yang lain di mana, si lelaki lebihkan isteri pertama dari isteri kedua. Alaaa, tak kisah lah kedua ke ketiga ke keempat ke, jangan kelima sudah. KESIMPULAN? Ha, baca panjang-panjang then dapat apa? TAK BERSIKAP ADIL. Susah kan nak adil? Mungkin laaa ada yang boleh jadi adil dari segi material, tapi dari segi kasih sayang, still tak mampu. KAN? So, tak payah lah kita nak rampas yang orang, nak jadi yang kedua ke, ketiga ke, keempat ke, sebab memang susah orang nak adil dekat kita. So, kepada LELAKI di luar sana, kalau dah lebih dari satu isteri, jadilah adil. Kalau yang sorang dah jadi solehah, sorang lagi pun kenalah bentuk jadi solehah. YE? Kalau rasa tak mampu, sorang pun cukuplaaa.

Alhamdulillah, dah habis pun baca 5 SEBAB KENAPA TAK BOLEH JADI PERAMPAS. Renung-renungkan dan selamat beramal. HAHA! :D Oh, ya! Mana-mana nama, contoh cerita atau apa-apa lah dari 5 sebab tadi hanyalah rekaan semata-mata. Tak berkait dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia. ENJOY YOUR READING HERE, BUDDY. Jangan lupa datang lagi. :)

0 orang doakan FATIN MIRA jadi ENGINEER: