Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Semester Baru Ucap Selamat Datang


ASSALAMUALAIKUM WBT kawan-kawan sekalian,

Memandangkan kemasukan untuk pelajar baru diploma UiTM bagi lepasan SPM dah pun lepas, kini tibalah masanya untuk kemasukan pelajar lama. Pejam celik pejam celik, dah masuk semester 5 dah pun. Alhamdulillah. Semoga semuanya berjalan dengan lancar, amin. Kalau nak cakap pasal jadual kelas, tak tahu nak cakap apa. Sebab nak kata padat, tak. Nak kata tak padat, padat. HAHA! UiTM-ians lain macam mana?




Oh, ya! Belum pun masuk semester baru, segala perihal cuti dah ambil tahu. Yang tak bestnya, cuti mid-term digabungkan dengan cuti raya. Tak percaya? Okay, tak apa. Saya dah print screen dah pun, tengok lah.




Sekarang dah percaya dah? Jadi untuk semester kali ini, nampaknya nasib tak menyebelahi kita. Tak macam semester lepas, kan? Kalau semester lepas, rasa macam sekejap sebab banyak cuti. Cuti semester pun lama, kan? Tapi semester kali ini, macam biasa lah. Sebulan lebih SAHAJA. Apa-apa pun, saya di sini mengucapkan SELAMAT MAJU JAYA kepada semua UiTM-ians. Jangan lupa belajar rajin-rajin, jangan ponteng kelas dan jangan asyik sibuk nak ber-CINTA. Faham?

p.s. Kepada pelajar DEGREE di seluruh universiti di MALAYSIA, good luck untuk final exam. :)


2 orang doakan FATIN MIRA jadi ENGINEER:

msredcheesecake said...

New semester, new stories.... Enjoy every momment...

Fatin Mira said...

@msredcheesecake haah, new semester with new stories. :)