Diam-diam Besi Berkarat


Assalamualaikum WBT kawan-kawan,

Bertemu lagi di sini. Kali ini saya nak cakap pasal appendik. Appendik? Kalau tengok pada gambar di atas, mesti kita fikir pasal sesuatu yang berkait dengan 'document', kan? Untuk pengetahuan awak, saya tak nak cakap pun pasal appendik macam dalam gambar dekat atas. Tapi, saya nak cakap pasal appendik macam dalam gambar dekat bawah.




Mungkin ramai dah tahu pasal penyakit ini, tapi saya tetap nak cakap. Dan mungkin juga ada di antara kalian yang pernah mengalami sakit pada salah satu organ saluran pencernaan ini. Sakit, kan? Tak apa, sakit itu kan penghapus dosa. Lagipun Allah SWT takkan uji hamba-Nya kalau hamba-Nya tak mampu. Maknanya bila kita diuji, maknanya kita mampu. Jadi, bersabarlah.

Kebanyakan manusia tak terlalu mengambil berat tentang masalah kesihatan yang nampak macam sakit biasa. Misalnya, sakit perut. Apa awak buat bila perut awak sakit? Sapu minyak angin? Makan panadol? Hmmm, pelega kesakitan yang biasa orang ambil bila sakit perut. Kenapa tak ke hospital? Sebab mereka rasa itu sakit biasa. Ingat, penyakit kadang-kadang perangai dia diibaratkan macam diam-diam besi berkarat. Tanpa kita sedari, dia pun datang singgah badan kita. Kebiasaannya, penyakit appendik ada ciri-ciri yang tersendiri. Antaranya :-

- sakit perut pada bahagian bawah di sebelah kanan perut.

- demam.

- muntah-muntah.

-pembuangan air besar yang tidak normal.

- berpeluh.

Jadi, kalau ada salah satu, harap kawan-kawan buat lah check up untuk keselamatan. Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. KAN? Memang penyakit ini tak terlalu berisiko dan tak ramai yang meninggal disebabkan penyakit ini tapi dia masih boleh membawa maut. Hambui, tak sayang nyawa ke? Kalau sayang, jaga elok-elok. Faham?

Ingin saya kongsikan 1 cerita yang telah berlaku kepada arwah nenek saya. Dia selalu sakit perut. Biasalah kalau orang tua, bila sakit, sapu ubat atau makan panadol. Kalau tak pun, pergi klinik biasa. Doktor check pun bukan pakai x-ray bagai, check-check dan bagi ubat sakit perut. Last-last, tiba 1 masa, seingat saya hari rabu, dia diserang sakit perut yang sangat-sangat sakit. Ayah saudara saya pun bawa pergi Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. Keesokan hari, saya dengan keluarga sampai ke hospital. Tengok nenek macam sihat, tapi badan dia semua dah sejuk kecuali bahagian PERUT. Lepas habis waktu melawat, kami balik ke rumah nenek. Saya tak rasa pun sesuatu yang buruk akan berlaku. Lepas maghrib, tiba-tiba abah dapat call dari pihak hospital suruh ke hospital. Abah dengan 2 orang abang dia pun pergi lah. Doktor cakap, nenek dah tak sedarkan diri. Doktor cakap lagi, nenek dah tak ada harapan nak hidup. Kami dekat rumah hanya mampu berdoa dan berdoa. Dalam pukul 11 malam, abah call. Abah cakap, nenek dah meninggal. Sangat-sangat tak sangka pertemuan yang singkat pada petang tadi rupanya pertemuan terakhir antara kami dengan nenek. Dalam pukul 1 pagi, jenazah nenek sampai dekat rumah. Abah cakap, nenek muntah darah. Mula-mula, dia pengsan. Tiba-tiba, dia macam tersembur. Rupanya darah yang keluar, habis baju dia kena darah. Doktor cakap dekat abah, nenek disyaki menghidap kanser usus. Sangat-sangat tak sangka yang sakit perut yang selalu nenek rungutkan rupanya kanser.

Sama macam appendik, penyakit yang telah menimpa mak sepupu saya dalam diam. Alhamdulillah, dia selamat menjalani pembedahan. Situasi dia lebih kurang sama macam situasi nenek, cuma penyakit yang berbeza. Jadi, sebagai pengajaran, janganlah pandang rendah pada sesuatu penyakit yang biasa kita alami. Mungkin hari ini kita sakit perut sebab keracunan makanan, tapi hari esok? Ingat lah, malang tidak berbau.

p.s. Semua penyakit sama, kebanyakannya diam-diam besi berkarat. Jadi jagalah kesihatan diri anda sebaik-baiknya.



0 orang doakan FATIN MIRA jadi ENGINEER: