Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Pelajar & Kerja Part-Time



Assalamualaikum W.B.T. rakan-rakan pembaca sekalian,

Dah lama tak singgah sini? Mari lah, ber-blogwalking dekat sini. Saya pun dah lama tak ber-blogwalking sebab laptop buat hal. Mengada-ngada nak suruh format lah, apa lah, ini lah, itu lah. Hadui, pening pening. Nanti kalau ada masa terluang, saya ber-blogwalking di blog awak, OKAY?

Rasanya tengok tittle pun dah tahu nak cakap pasal apa, kan? Isu yang selalu dikaitkan dengan pelajar. Kenapa? Salah ke student buat kerja part-time? Bergantung pada pendapat masing-masing, tapi bagi saya, itu tak salah. Tapi tapi tapi, ramai orang yang meletakkan kesalahan pada kerja part-time bila seseorang pelajar yang buat kerja part-time itu mengalami kemerosotan akademik.

Hari ini, saya nak kongsi petua buat kawan-kawan dekat luar sana yang masih belajar dan nak buat kerja sambilan. Mungkin boleh tolong selesaikan kekeliruan yang melanda diri awak, sama ada nak buat kerja part-time atau tak. Antara petua yang dapat dikongsi :-

1. KEYAKINAN DIRI
Ini diri kita, jadi kita lebih tahu dan faham tentang diri kita berbanding orang lain. Kalau awak rasa awak yakin boleh jadi pelajar dan pekerja dalam 1 masa, awak boleh teruskan dengan niat awak nak kerja. Tapi kalau keyakinan diri awak tak ada, lebih baik jangan. Sebab nanti awak tak dapat nak uruskan masa antara belajar dengan kerja.

2. TAHU KEUPAYAAN DIRI
Sama macam keyakinan diri, takkan lah awak tak tahu keupayaan diri awak. Kalau tak tahu, cuba renungkan. Bagi awak, pointer awak boleh tahan tak selama awak bergelar student? Kalau rasa macam tak boleh tahan sangat atau tak cukup kuat, nanti kalau awak kerja, besar kemungkinan pointer awak boleh jadi lagi teruk. Masing-masing tahu keupayaan diri masing-masing, memang lah ada orang cakap, "ALA, KALAU ORANG LAIN BOLEH BUAT, AKU MESTI BOLEH BUAT.". Tapi, lain orang lain cara belajar, lain cara hidup, lain cara berfiikir, lain cara apa-apa lah. Jadi, tengok dulu keupayaan diri baru boleh buat keputusan. FAHAM?

3. JENIS KERJA PART-TIME
Okay okay okay, jenis kerja pun termasuk. Tahu tak kenapa? Sebabnya, kalau jenis kerja yang agak penat macam kerja dekat kedai makan yang nanti awak kena basuh pinggan, lap meja, ambil order, hantar makanan, hantar minuman, seriously memang penat. Ini bukan orang cakap, tapi saya cakap. Saya tahu lah sebab my parents ada kedai makan, saya pernah buat semua perkara yang saya sebut di atas jadi saya tahu lah macam mana penatnya kerja dekat kedai makan. Apa? Income lumayan? Memang lah lumayan sayang oi, tapi nanti bila penat, macam mana nak belajar? Badan penat, otak pun penat. Jadi tengok dulu lah kerja yang macam mana, baru boleh kerja. OKAY?

4. RESTU KEDUA IBU-BAPA
Ha, ramai yang pandang remeh tentang isu yang satu ini. Kawan-kawan tahu kan, keberkatan Allah SWT datang dari keberkatan kedua ibu bapa. Bila dapat restu dari parents kita, rezeki pun alhamdulillah makin bertambah. Itulah keberkatan dari Allah SWT. Jadi, kalau ada yang parents tak kasi, buat slow talk dengan parents. Explain kenapa nak kerja, nak guna duit gaji untuk apa, then kalau parents still lagi tak kasi, tak payah lah kerja. Jangan pulak curi-curi kerja. FAHAM?

5. NAK GUNA DUIT GAJI UNTUK APA?
Setiap manusia mesti ada perancangan hidup masing-masing, kan? So agak-agak awak lah kan, nak buat apa awak kerja part-time? Duit gaji nak guna untuk apa? Kalau setakat nak beli handphone mahal, nak beli gadget-gadget canggih, baik TAK PAYAH KERJA. Kalau nak buat saving untuk masa depan, nak guna untuk beli buku, nak guna untuk bayar balik pinjaman PTPTN, boleh lah nak kerja pun. Kalau setakat nak beli gadget, tak payah lah. Tiap masa keluar yang baru, takkan lah setiap masa nak kena tukar yang baru. Kita kan dah besar, pelajar universiti, pelajar sekolah, bukan budak tadika. Fikir mana baik mana buruk, takkan nak suruh orang cakap lagi, kan?

Ha, dah jelas belom? Jadi tak nak kerja part-time? Kalau tak jelas lagi, buatlah solat sunat istikharah. Mohon petunjuk daripada-Nya. OKAY? Jumpa di lain waktu. (^_^)V peace!


0 orang doakan FATIN MIRA jadi ENGINEER: