Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Awak CERDIK? Apa Buktinya?


Otak KANAN dan otak KIRI. Siapa lebih CERDIK? Siapa lebih PANDAI? CERDIK? PANDAI? KURANG CERDIK? KURANG PANDAI? Bila asyik melayan FACEBOOK.COM, aku mula berfikir. ISLAM ITU INDAH bila kita betol-betol menghayatinya. Allah SWT kurniakan OTAK untuk berfikir, bezakan mana yang baik dan yang buruk. Nah, di situ boleh nampak ke-PANDAIAN-nya! Tak guna lah kalau awak berjaya di dunia tapi di akhirat awak gagal. Ke-PANDAI-an awak hilang di mata saya. MAAF.

Sabda Rasulullah SAW :

"Orang yang paling CERDIK ialah orang yang sentiasa mengingati MATI." (Riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Abidunya)

Kenapa begini? Sebab ... macam yang kita sedia maklum, hidup di DUNIA hanyalah SEMENTARA. Saya tekankan sekali lagi, SEMENTARA! Sebagai orang Islam, itu adalah benda wajib yang kita kena tahu. Alam lain bakal kita tempuhi ... dan kalau lah, awak seorang yang cerdik pandai ... kalau lah, awak seorang yang mempunyai otak ... CUBA FIKIR ... masa di dunia, awak ada bekalan. Untuk makan, ada makanan ... untuk belajar, ada ilmu ... Untuk tidur, ada rumah ... untuk berpakaian, ada pakaian ... Itu kalau di DUNIA ... macam mana dengan akhirat? Mestilah perlukan BEKALAN sama macam kita perlukan bekalan di dunia.

Apakah bekalan itu?
Bekalan itu ialah AMALAN kita di DUNIA.

Amalan pertama, SEDEKAH. Atau lebih mendalam lagi, membelanjakan harta pada jalan Allah SWT. Dan yang paling penting ialah IKHLAS. Tak perlu nak menunjuk sangat lah sebab harta yang awak dapat, datang dari siapa kalau bukan dari Allah SWT. Kalau Dia nak tarik kekayaan & kesenangan yang Dia bagi, sekelip mata Dia boleh buat. Ingatlah, KUN FAYAKUN.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Amalan kedua, MENIMBA ILMU. Dalam Islam, ILMU agak lah di-PENTING-kan. Nak bukti? Daripada Abu Darda' r.a berkata : Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda :

"Barangsiapa yang menjalani 1 jalan ilmu bererti ia telah menjalani satu jalan daripada jalan-jalan SYURGA. Sesungguhnya para malaikat menghamparkan sayapnya kerana redha bagi orang yang menuntut ilmu. Dan sesungguhnya orang yang ada di seluruh lapisan langit dan bumi meminta ampun bagi orang yang alim sehingga ikan yang ada di laut. Dan sesungguhnya kelebihan orang yang alim atas orang yang abid seperti kelebihan bulan punama atas sekalian bintang-bintang. Dan sesungguhnya ulama' itu pewaris Nabi-nabi. Dan para nabi itu sebenarnya tidak mewariskan dinar (wang emas) dan dirham (wang perak) tetapi yang diwariskan oleh mereka ialah ilmu. Maka barangsiapa mengambil ilmu bererti ia telah mengambil habuan yang paling sempurna."

SEE! Boleh nampak tak kepentingan ILMU di situ? Tak kisah lah ilmu apa, asalkan ilmu yang ber-MANFAAT. So, tak semestinya ilmu dunia ... sebab tak semestinya kalau kita berjaya di dunia, kita akan berjaya di akhirat. RIGHT? That's why lah saya pernah PAKSA adik saya masuk SEKOLAH PONDOK. Sebab dia lemah sikit bab belajar ... jadi apa salahnya kalau dia dalami ilmu agama, kan? Kot kot lah jadi USTAZAH. Sejuk perut ummi. :D Tapi dia macam tak berminat ... dia lagi minat kemahiran. So takkan nak paksa lebih-lebih, even parents aku pun tak paksa. Kang kalau paksa-paksa sangat, jadi lain lak. Just accept her decision, and respect it.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Amalan ketiga, DOA ANAK SOLEH/SOLEHAH. So ... kita boleh nampak di sini peranan kita sebagai parents. PARENTS? Errr, okay. HAHA! Didikan agama yang secukupnya perlu diberikan kepada ANAK-ANAK. For me, mempunyai ANAK yang SOLEH/SOLEHAH ialah harta yang paling bernilai. And i hope i can be like that, INSYAALLAH.

Jadi ..... dengan otak yang ada, gunakanlah dengan sebaik mungkin. Manfaatkanlah ia ke arah jalan yang benar. Itulah ORANG YANG PANDAI. Itulah ORANG YANG CERDIK. Tika menuntut ilmu ... selitkan sekali dengan ajaran agama Islam. Kerana tanpa bimbingan agama, SESAT. Inilah kelebihan ISLAM. :D

p.s. Tuntulah ilmu sampai ke negara China. SILA FAHAMI MAKSUD TERSIRAT.

2 orang doakan FATIN MIRA jadi ENGINEER:

AcikCatering said...

kalau boleh, simplekan sikit blog sebab orang nak baca serabut sikit (banyak)
sometimes less is more.

isi blog amat baik :)

Fatin Mira said...

Thanks. Saya budak baru belajar, mohon tunjuk ajar. Kalau boleh, terangkan sikit serabut yang macam mana, boleh?