Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Fadhilat Puasa Arafah


Musim haji dah pun tiba .. agak-agak bilalah giliran saya untuk ke sana. InsyaAllah, akan datang. KAN? Sekarang masa untuk kumpul duit banyak-banyak, nanti boleh bawa FAMILY pergi buat umrah sama-sama. Then, buat haji. Dan impian untuk menatap KAABAH akan tercapai. ^_^

Hari ini hari SABTU, 5 November 2011 bersamaan dengan 9 Zulhijjah 1432. Pada hari ini, para jemaah haji akan wukuf di padang arafah. Wukuf bererti berhenti atau berdiam diri dan merupakan salah satu rukun haji di mana jika dia tak wukuf, haji dia TAK SAH. Faham? Wukuf dilakukan pada hari ini dari Zohor sampai lah matahari terbenam. Wukuf ini macam simbol kepada berkumpulnya kita di PADANG MAHSYAR kelak. Iaitu saat di mana kita akan dihisab.

Okay, itu khas untuk golongan jemaah haji .. macam mana dengan yang tak berkesempatan mengerjakan haji? Allah SWT itu Maha Pemurah, buktinya kita disunatkan atau bagi saya lah, digalakkan untuk berpuasa pada hari ini. Fadhilatnya sangat besar dan telah disebut dalam hadis yang mengatakan :-

Daripada Abi Qatadah r.a. ujarnya, Rasulullah S.A.W. telah ditanya oleh sahabat tentang puasa hari Arafah, sabdanya bermaksud, "IA MENGHAPUSKAN DOSA TAHUN YANG LALU DAN TAHUN-TAHUN AKAN DATANG". (Riwayat Muslim)

Apa-apa pun, fadhilatnya .. ialah dosa akan diampunkan oleh Allah S.W.T. Di sini ingin saya selitkan sedikit perbualan antara seorang ibu dan seorang anak :-

SI IBU : Awak puasa lah hari ini, hari ini hari Arafah. Besar fadhilatnya.

SI ANAK : Alah, malas lah.

SI IBU : Hmmm, awak ingat awak tak ada dosa, ke? Ibu cakap tak nak dengar.

SI ANAK : ........ *diam

Jadi, pada sesiapa yang tak berkesempatan nak berpuasa pada hari ini, moga-moga tahun depan ada lah kesempatan itu, KAN? AMIN. *memang famous lah nama AMIN di sini

p.s. SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA. >.<

0 orang doakan FATIN MIRA jadi ENGINEER: