Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Nasihat Bertubi-tubi Dari Cikgu Untuk Test Motor


Haduiii .. TUAN JPJ yang kacak lagi gagah, sila lah luluskan test saya. Aish, naik gerun pun ada. Hmmm, till now still terngiang-ngiang lagi suara cikgu. Betapa cikgu nak anak muridnya ini LULUS. AMIN. Macam-macam cikgu nasihat, antaranya ialah :-

CIKGU : Nanti dekat titi, jangan main brek sangat. Awak kena slowkan minyak, jangan tekan brek. Nanti jatuh. Kalau tekan sikit, boleh lah. Faham?

CIKGU : Dalam trek, jatuhkan kaki kiri dahulu. Beratkan belah kiri, jangan beratkan belah kanan. Bukan senang nak lulus, JPJ dah pesan awal-awal.

CIKGU : Awak kena start dengan gear 2, then awak tarik minyak sampai 40 .. bila nampak tanda berhenti, slowkan minyak. Bila tayar depan cecah garisan kuning, awak brek. Ingat! Itu emergency brake.

CIKGU : Nanti dekat simpang tiga, awak kena toleh kanan lama sikit. Biar nampak macam betol-betol. Kalau boleh, biar nampak orang lain yang tengah tunggu turn. Faham?

CIKGU : Ala, lengan biar straight. Buat lah betol-betol, jangan buat sambil lewa. Awak tak nak lulus ke? Jangan lah ambil remeh. Kang saya ajar sambil lewa, then JPJ pun tick gagal sambil lewa. Awak nak?

CIKGU : Nanti masa test, sebelum awak buat mana-mana, awak kena tengok JPJ dulu.

CIKGU : Jangan lupa tongkat dua, then jangan naik. Awak kena heret motor sampai depan sana. Lepas tongkat dua, tengok JPJ dulu.

CIKGU : Kalau masa nak berhenti, ada orang depan awak .. awak jangan berhenti sebelah dia, awak kena berhenti belakang dia. Faham?

CIKGU : Esok kena ada sebelum pukul 8. Dalam pukul 8 boleh lah, jangan lebih-lebih. Nanti tak boleh ambil test.

SAYA : Baik, CIKGU! *murid yang berdedikasi

Wah, banyak kan nasihat cikgu. Moga Allah SWT merahmati dan memurahkan rezeki cikgu-cikgu bertiga. AMIN. Dan mendoakan moga FATIN MIRA LULUS DENGAN JAYANYA TEST MOTOR PADA 15 NOVEMBER 2011. AMIN. HEHE! Orang lain dah lama dah pegang lesen motor tapi saya? Hmmm, umur 19 tahun baru nak ada. Tapi tapi tapi lesen kereta saya dah ada, that's why lah berat sikit nak ambil lesen motor. Ini pun setelah disuruh oleh MY PARENTS. Kalau tak, jangan harap lah nak ambil. :D

p.s. boleh digunakan untuk sesiapa yang bakal menjalani TEST MOTOR. HAHA!

0 orang doakan FATIN MIRA jadi ENGINEER: