Tak Semestinya ... KAN?

ASSALAMUALAIKUM .. *wink wink

Kadang-kadang, kita akan jumpa macam-macam jenis orang. Kadang-kadang, kita tak tahu macam mana jenis orangnya. Kadang-kadang, waktu yang ada belum tentu cukup untuk buat kita kenal dengan seseorang. Kadang-kadang, bukan semua perkenalan akan berakhir dengan perpisahan yang baik. Dan kadang-kadang, kita mudah terlupa yang orang pun sedang nilai kita bila mana kita asyik nilai orang. HAHA! Banyak betol kadang-kadang saya. Bukan niat hati ingin me-NGARUT tapi tadi lepas balik dari 1 EVENT yang melibatkan orang ramai .. saya asyik memikirkan apa yang orang fikir bila dia tengok saya. :D

Mungkinkah ini?

Manusia : Eiii, anak siapalah agaknya. Masam betol, langsung tak senyum. Nampak macam sombong.

Atau mungkinkah ini?

Manusia : Anak siapalah agaknya ye, comel orangnya. Manis betol bila senyum. Boleh lah nak buat menantu.

Errr, tapi tak sedap lah kalau masuk dalam bakul then angkat sendiri .. kan lagi best kalau masuk dalam bakul then ada orang angkat. KAN? BETOL TAK? HAHA! Anda tahu tak? Pada suatu hari, saya dan keluarga menaiki kereta dan melalui sebuah penjara .. tempatnya dirahsiakan. Berlakulah perbualan di dalam kereta seperti dibawah :-

ADIK : Wan, ini tempat apa?

NENEK : Ini penjara ******. Kalau orang jahat, duduk dalam ini lah.

ADIK : Oooo.

Tiba-tiba, ada satu suara menyampuk.

SAYA : Tak semestinya dia duduk dalam penjara, dia jahat.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Saya cakap cenggitu sebab ... :-

1. Tak semestinya dia nampak baik, dia baik.

2. Tak semestinya dia nampak jahat, dia jahat.

3. Tak semestinya dia masuk penjara, dia jahat.

4. Tak semestinya dia bebas, dia tak salah.

5. Tak semestinya dia kaya, dia boleh buat apa yang dia suka.

6. Tak semestinya dia miskin, dia hidup susah.

7. Tak semestinya dia bijak, dia boleh selesaikan semua perkara.

8. Tak semestinya dia bodoh, dia tak boleh buat apa-apa.

9. Tak semestinya dia dah besar, dia boleh buat apa yang dia nak.

10. Tak semestinya dia masih kecil, dia perlu dimanjakan.

p.s. Tak semestinya dia nampak pendiam, dia tak banyak cakap. *wink

0 orang doakan FATIN MIRA jadi ENGINEER: