Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Mereka Adalah SEGALANYA Buat Saya

Wah, besarnya gambar. HAHA! Comel, kan?
Cuba teka saya yang mana satu ... ???

Hari ini, saya akan bercakap tentang FAMILY. I'm so ECITED now! HAHA! Miss them damn much. :D Especially MY PARENTS. Dalam apa-apa hal melibatkan kehidupan seharian, saya akan refer pada MY PARENTS sebab mereka adalah orang yang paling penting dalam hidup saya. Contohnya :-

ME : Ummi, abah, basikal dah sampai. Tadi GDEX hantar.

MY PARENTS : Baguslah. Nanti hati-hati. Jangan sampai jatuh. Nanti kalau luka, susah.

ME : Okay, ummi. Okay, abah.

HAHA! Seriously, macam umur 9 tahun lah. Tapi hakikatnya, dah umur 19 tahun. Kelakar lah. Dah dah, hari ini saya akan berkongsi tentang beberapa HADIS yang berkait dengan FAMILY :-

1. Keredhaan Allah SWT terletak pada keredhaan kedua ibu bapa. (HR Al-Hakim)

Hmmm, jadi untuk dapat keredhaan Allah SWT, kita kena dapat keredhaan ibu bapa kita. Macam mana nak dapat? Berbuat baik lah dengan PARENTS awak. Contohnya :-

- call tiap-tiap hari. GF/BF boleh call, tapi parents? Tepuk dada, tanya hati. Okay?

- doakan mereka setiap kali lepas solat. Takkan nak doa untuk kita sorang, parents kita? Takkan nak masuk syurga sorang-sorang, parents kita? NAUZUBILLAH.

- bercakap dengan lemah-lembut. Dengan GF/BF boleh cakap lemah-lembut, bak kata orang pijak semut pun tak mati tapi bila dengan parents?

2. Jangan mengabaikan kedua ibu bapa. Barangsiapa mengabaikan orang tuanya, maka dia kafir. (HR Muslim)

Betol apa orang cakap, seorang IBU boleh jaga berbelas-belas anak ... tapi berbelas-belas anak boleh ke jaga seorang IBU? Kalau boleh, kenapa wujudnya RUMAH ORANG TUA-TUA? Sesibuk mana pun kita, sekaya mana pun kita, kita takkan jadi kita yang sekarang tanpa PARENTS kita.

3. Ibu mertua kedudukannya sebagai IBU. (HR Tirmidzi dan Ahmad)

Macam mana kita hormat ibu kandung kita, macam itu lah kita kena hormat ibu mertua kita. Pernah baca kisah Alqamah? Ini lebih merujuk kepada perempuan lah. Jadi kepada perempuan-perempuan di luar sana, sama ada yang dah berkahwin atau bakal berkahwin, jangan lah buat suami awak lebihkan awak berbanding ibu dia. Faham? Jadikan kisah Alqamah sebagai teladan kita bersama.

Cukuplah sekadar berkongsi pendapat. Kita jumpa di lain masa, okay? Harap kita sama-sama dapat mengambil sedikit ilmu di malam yang indah ini. HAHA!

p.s. Agak-agak bila MR. AYAM nak kenalkan mak mertua, ek? HAHA!

5 orang doakan FATIN MIRA jadi ENGINEER:

Anonymous said...

sokong entry ni

saya suka :')


renungan bersama.
sayang keluarga saya jugak <3

Fatin Mira said...

HAHA! thanks. :D

Muna rahimah said...

LIke entry neh :)



BTW , i'm new here :)
http://munalifestory.blogspot.com/

Siti Nurazlinda said...

family memang paling penting ! :)

Fatin Mira said...

HEHE! thanks, buddy. :D okay, already be your follower. nice blog!


Betol betol betol. :D *gaya upin ipin