Bulan Ramadhan Datang Lagi



5 perkara yang diberikan ketika bulan RAMADHAN kepada Umat Islam berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W. :-

1. Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah S.W.T. daripada bau kasturi.

2. Ikan-ikan di laut akan beristighfar untuk mereka sehingga mereka berbuka.

3. Setiap hari Allah S.W.T. akan menghiaskan syurgaNya dan berkata, "Telah hampir masanya hamba-hambaKu yang soleh akan dilepaskan daripada beban-beban dan mereka akan datang kepadamu".

4. Dirantaikan syaitan-syaitan yang jahat dalam bulan RAMADHAN.

5. Mereka akan diampunkan pada malam terakhir RAMADHAN. Rasulullah S.A.W. ditanya, "Adakah ia lailatul qadar?". Baginda S.A.W. menjawab, "Tidak! Namun seorang pekerja akan diberikan ganjarannya apabila dia telah menyelesaikan kerjanya".

Ini semua di bawah kekuasaanNya.
Lihatlah, betapa sayangnya Allah S.W.T terhadap hambaNya.
SUBHANALLAH.
Tapi masih ada lagi yang tinggal puasa dengan sengaja.
Tak kisah LELAKI ke, PEREMPUAN ke.
Sedarlah sikit, kawan.
Hidup hanya sekali, then banyakkanlah buat pahala.
Niat hati just nak mengingatkan diri sendiri.
Dan juga kawan-kawan yang membaca.
Berubah demi kebaikan, jom.
(^_^)V semoga ibadah kita diterima Allah S.W..T.

p.s. Untuk melahirkan keturunan yang baik, kita kenalah berubah menjadi yang lebih baik.

0 orang doakan FATIN MIRA jadi ENGINEER: