Hari ini hari yang agak baik untuk aku, MUNGKIN! Dari tadi aku asyik dengan koleksi CERPEN di iluvislam.com. Buat aku mengenang tentang diri ini. Yang sentiasa khilaf dalam hidup. YA ALLAH, aku memohon keampunan pada-Mu. Apa guna ilmu yang ada jika tidak dikongsi, kan? Aku ada terbaca tentang ...
Dalam hadis Nabi S.A.W. disebutkan :
Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibandingkan dengan orang yang membakar 70 buah al-Quran, membunuh 70 nabi, dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Kaabah. Dalam hadis yang lain disebutkan bahawa orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan disiksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah lapan puluh tahun. Satu tahun terdiri daripada 360 hari, sedangkan satu hari di akhirat perbandingannya adalah SERIBU TAHUN DI DUNIA.
Nauzubillah min zalik. Sedangkan air panas pun dah buat kulit aku jadi merah ... Inikan pula NERAKA. Bila kita solat, kita kena khusyuk ... tapi aku? Bila kita solat, kita tidak boleh memikirkan perihal dunia ... tapi aku? Apabila kita teringat akan perihal dunia sedang bibir memuji kebesaran-Nya, Allah S.W.T. akan berkata dengan nada yang sedih :
"Yang mana lebih penting? Aku atau perihal dunia yang kau ingat itu?"
Kemudian apabila kita teringat lagi perihal dunia buat kali kedua setelah datangnya khusyuk, Allah S.W.T. akan bertanya soalan yang sama buat kali kedua. Dan apabila kita teringat perihal dunia buat kali ketiga, Allah S.W.T. tidak akan bertanya lagi. Jika Allah S.W.T. sudah tidak hiraukan kita lagi, adakah solat yang kita laksanakan akan diterima?
Jika kita tiada Allah S.W.T., kita tiada apa. YA ALLAH, bawalah hatiku dekat dengan-Mu. Janganlah Engkau tarik hidayah yang telah Engkau kurniakan kepadaku. Aku takut, YA ALLAH. Aku takut akan azab siksaan-Mu. Soleh di sisi Maha Pencipta bukan semudah soleh di mata manusia.
Dengan ini, marilah kita dekatkan diri dengan Maha Pencipta. Kita kena cari hidayah itu, bukan tunggu ia datang. Bersama-samalah kita menjadi umat Islam yang sejati. Bukan Islam pada nama .. bukan Islam pada IC.
p.s. masih belum terlambat.
0 orang doakan FATIN MIRA jadi ENGINEER:
Post a Comment